Borak-borak Zaki Khan Siri 3 Mar03

Kongsi

Borak-borak Zaki Khan Siri 3

Seminggu rasanya saya tak menulis. Saya bertolak ke Bandung 24hb dan 26hb ke Jakarta. Cuba juga cari cyber cafe di sana, tetapi agak sukar untuk meluangkan masa menulis. Di sana agak mudah cari makanan yang kualiti jika dibanding dari segi harga di Malaysia. :D. Cuba sedaya upaya untuk menjaga pemakanan. Ada la juga beberapa kali cheating makan makanan yang jarang ada di Malaysia. :p

Yaya berambut pendek di tengah

Yaya berambut pendek di tengah

NASC 2015

Tujuan ke Jakarta untuk menyaksikan pertandingan Best of The Best Bodybuilding Championship 2011 yang di anjurkan di MGK Kemayoran Jakarta Pusat. Penganjurannya agak mewah juga jika dilihat berbanding pertandingan di Malaysia dengan tiket masuk ke pra-pengadilan cuma 30 000 rupiah dan tiket akhir 100 000 rupiah. Dengar cerita lebih 50 orang Malaysia yang datang memberi sokongan. Suasana di sana agak berbeza berbanding Malaysia di mana penganjurnya banyak berbanding Malaysia yang dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu.

Putu Sembah

Putu Sembah

Seramai 8 orang daripada Malaysia bertanding untuk 4 kategori iaitu 65 ke bawah, 75 ke bawah, 75 ke atas dan kategori invitasional terbuka. Wakil dari Malaysia Paijar Upau tempat pertama kategori bawah 65, Buda Anchah tempat pertama kategori bawah 75 kg, Jauneh tempat ke sepuluh kategori bawah 75 kg, Ubaidillah tempat kedua atas 75 kg, Sazali Samad tempat pertama kategori terbuka, ketiga Othman Yahya, keempat Zetri Munir dan kelima Md Noor Syukri.

Syukri, Zetri, Sazali

Syukri, Zetri, Sazali

Saya tak minat nak ulas lanjut pasal pertandingan, cuma ada beberapa orang yang menarik minat saya. Pertama Putu Sembah. Jika diberi masa beberapa tahun lagi, boleh masuk kategori dunia. :D. Seorang lagi Yaya, kategori fitness perempuan. Sebab dia comel dan pandai menari, kariografi cantik, berkeyakinan tinggi. :D. Masing-masing dapat tempat kedua. Putu Sembah tempat kedua kategori terbuka.

Zaki Khan buat guest pose di depan guest house. :D

Zaki Khan buat guest pose di depan guest house. :D

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini