Borak-borak Zaki Khan Siri 4 Mar14

Kongsi

Borak-borak Zaki Khan Siri 4

Sedar tak sedar, dah masuk entri ke 75. Maknanya sesiapa yang baru masuk blog saya ini, ada 74 tajuk sebelum ini untuk dibaca. :D. Hari ini saya nak bercerita pasal orang kita, orang Malaysia, majoritinya saya kira orang melayu. Bila bercerita tentang diet dan senaman, ramai yang tiba-tiba menjadi pakar. Ada yang mengajar supaya jangan makan nasi, ada yang mengajar jangan makan malam, ada yang mengajar suruh makan buah sahaja seharian, ada yang tetiba nak menggantikan dr atkin, bila bercerita bab bersenam plak, ada yang mengajar, joging 8 jam sehari, ada yang mengajar buat kerja-kerja rumah, ada yang mengajar pergi main badminton dan lain-lain lagi. Di gym pula, ada yang tiba-tiba jadi doktor, mengajar orang menggunakan steroid dan sebagainya.

 

NASC 2015

Inilah situasi di Malaysia, tiada undang-undang digubal untuk menyekat mereka-mereka ini daripada mengajar. Tiada undang-undang untuk menyekat ilmu-ilmu begini keluar dalam majalah-majalah. Sentiasa ada majalah yang bercerita, artis ini makan sehari sebiji epal sahaja untuk menurunkan berat badan dan pembaca yang kebetulan peminat artis tersebut mula mengikut. Sebelum ini Dato Azalina pernah usahakan untuk mengubal akta kecergasan, tetapi sebelum proses akhir pembentangan akta tersebut, beliau dipindahkan ke kementerian lain melalui gubalan dibuat Pak Lah. Melalui akta itu, hanya mereka yang berlesen sahaja boleh mengajar. Sayang sekali.

 

Saya ingat lagi ketika saya mula bermain pada tahun 2000 dahulu. Ketika itu, saya sangat gemuk. Tiba-tiba terpanggil untuk kuruskan badan. :D. Di gym sahaja, macam-macam ilmu saya dapat, orang ini ajar ini, orang itu ajar itu, ada orang suruh guna weight gain, ada orang suruh guna steroid, ada orang suruh berlatih begini, ada orang suruh berlatih begitu. Macam-macam ilmu bercampur. Rasanya ramai yang alami perkara ini. Akhirnya saya tak puas hati, saya terus sambung belajar dalam bidang berkaitan. Belajar fisiologi sukan. Ambil pelbagai kursus daripada pelbagai badan yang mengiktiraf jurulatih peribadi, aerobik, dan lain-lain. Sambung dalam terapi senaman. Saya belajar daripada pelbagai guru. Antara yang saya cukup hormat seperti Dr C.P. Lee, Dr Arvind dan beberapa lagi. Rasanya ramai yang mengenali mereka. Mereka adalah nama-nama besar dalam industri kecergasan ini. Lama juga saya berguru dengan mereka ini. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi mengajar saya.

 

Jika ditanya, apakah perancangan saya? Jika boleh saya ingin menyebarkan apa yang saya belajar selama ini supaya tiada lagi yang jadi seperti saya dahulu dan mudah-mudahan dapat membantu sesiapa yang memerlukan. Dahulu jika hendak mencari, apa yang ada semuanya dalam bahasa yang sukar dimana saya kira tak ramai yang memahaminya. Saya cuba memudahkan dalam bahasa melayu. Tak lama lagi saya akan cuba letakkan diagram-diagram latihan yang akan dirakam sendiri di sini, video-video latihan dan banyak lagi. Jika sempat dalam minggu ini, e-buku yang pertama berkenaan kebenaran tentang makanan tambahan akan dikeluarkan yang mana sedang dalam proses akhir menyusun sekarang. Semuanya percuma. Terima kasih banyak pada yang menyokong saya selama ini.

 

(Jika ada pandangan, cadangan, kritikan dan lain-lain, saya sudi mendengar)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini