Borak-borak Zaki Khan Siri 5 Apr15

Kongsi

Borak-borak Zaki Khan Siri 5

Hampir dua minggu rasanya tak mengemaskinikan blog berikutan ditahan di hospital. Pada mulanya disyaki H1N1 disebabkan sejarah perjalanan yang selalu berkunjung ke negara-negara berisiko tinggi. Tetapi setelah pelbagai ujian dilakukan. Sehingga kini mereka tidak dapat mengesan apa puncanya. Kecederaan dalaman yang menyebabkan kehilangan darah yang agak kritikal sehingga tinggal 7.0. Bukan disebabkan angkat berat dan sebagainya. Susah nak cakap sebab apa.

NASC 2015


Apa-apa pun saya akan cuba mengemaskinikan blog kembali. Selamat bertanding pada mereka yang akan bertanding pada 16hb ini di kejohanan Mr Man Olympia di Pusat Sukan Bangsar. Sayang kerana saya mungkin tidak dapat hadir.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini