Borak-borak Zaki Khan Siri 5

Hampir dua minggu rasanya tak mengemaskinikan blog berikutan ditahan di hospital. Pada mulanya disyaki H1N1 disebabkan sejarah perjalanan yang selalu berkunjung ke negara-negara berisiko tinggi. Tetapi setelah pelbagai ujian dilakukan. Sehingga kini mereka tidak dapat mengesan apa puncanya. Kecederaan dalaman yang menyebabkan kehilangan darah yang agak kritikal sehingga tinggal 7.0. Bukan disebabkan angkat berat dan sebagainya. Susah nak cakap sebab apa.

Kursus Kecergasan 2024
Apa-apa pun saya akan cuba mengemaskinikan blog kembali. Selamat bertanding pada mereka yang akan bertanding pada 16hb ini di kejohanan Mr Man Olympia di Pusat Sukan Bangsar. Sayang kerana saya mungkin tidak dapat hadir.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

28 thoughts on “Borak-borak Zaki Khan Siri 5

  1. nurfatihah says:

    semoga dato kembali sihat

  2. saya doakan semoga cepat sembuh

  3. Coxn Azhar says:

    banyak2 bersabar dengan ujian dari Allah SWT..hanya org yg sabar dan terima ujian Allah..Allah berjanji akan membawa berita gembira untuknya..

  4. E-book tu da boleh dwnLoAD ke..?

    1. apa email yer? nanti saya sent by email. disebabkan masalah designer n saya sakit, jd saya pun xtau apa dia dah buat

      1. kalo x keberatan bg bro utk sent ebook by email.sy nk jgk.tp kalo bro rase x blh,xpe.jgn pkse diri.bykkn berehat.. ape2 pun thnks n smoga cpt sembuh bro..

        life4mafia@yahoo.com

        1. Zaki Khan says:

          ok. jap lg. dlm proses hantar

          1. saya pun nak…

  5. semoga cepat sembuh datuk…pttla tnggu blog terbaru lama x keluar…dato’…ebook np x leh download?

        1. msh mnggu ebook dato’ =.=

  6. lame x on9.hr ni br ada masa.tup2 masuk2 blog tgk dato malek nor skt jntung n skg bro zaki khan plak skt.aduh.berita yg kurang baik plak.smoga dato malek nor n bro zaki cepat sembuh n sntiasa mndpt perlindungan drpd Nya.bro.. jg diri.ape pun yg tjd ade hikmah n ubat disebaliknya.

    1. Zaki Khan says:

      insyAllah. dah agak lama x train. rindu plak nak gym balik.

  7. Cerita pasal abs… Kita ni, orang lelaki kalau badan berketul-ketul, hendsome, duit banyak tapi kalau perut boroi..
    Habis… jatuh saham.
    Tak ada maknanya yang berketul-ketul tadi.

Leave a Reply to kimie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: