Borak-borak Zaki Khan Siri 8
Berakhir sudah kejohanan Mr Kuala Lumpur 2011 semalam pada 29 Mei. Seramai 84 atlet bertanding dengan 973 penonton di Arena Sukan Tertutup Majlis Olimpik Malaysia di mana ZK Dinamik Sdn Bhd @ Zaki Khan merupakan salah satu penaja untuk kejohanan ini. Saya sendiri merupakan salah seorang pengadil untuk kejohanan.
Zaki Khan menghantar seramai 4 orang wakil. Dengan persiapan ala-ala, tidak menjadi juara tetapi semua mendapat ranking. Kategori remaja bawah 70kg tempat ke 5, kategori fly tempat ke 3 dan kategori heavy tempat ke 2 dan 3. Saya akan masukkan cerita penuh pasal kejohanan Mr Kuala Lumpur 2011 dalam entri akan datang. Tahniah kepada Kumar kategori light heavy yang berjaya merangkul gelaran juara keseluruhan.
Di samping itu, ZK Dinamik membuka 1 booth yang diserbu ramai sehingga tidak menang tangan mereka yang menjaga booth tersebut. Terima kasih diucapkan kepada team Zaki Khan di booth. Juga terima kasih untuk pengacara majlis yang juga dari team Zaki Khan. Pengacara ini masih baru, jadi kalau ada salah silap, atau mungkin mendatar sahaja, minta maaf lah.
Tahniah tok peserta zaki.khan…best tngok diorg nya body….mantap…
ada dtg tgk ke?
Ada…..diri agak dpn gak…..
x perasan sesiapa yg dtg pasal sepanjang masa duk depan.:D
xde lagi ke pic2 jaguh2 mr. kl ..
ada. nanti kalau sempat mlm kang up entri utk mr kl n mr sel
tahniah pada yg menang. x sempat nak g tgk. huhu
ya. tahniah pada semua, tak kira menang atau kalah.
terbaik atlet yg bertanding
ada g ke?
Kumar tu main gym area maner..?
di gym wong hong