Borak-borak Zaki Khan Siri 9

Sejak akhir-akhir ini saya lihat penjualan makanan tambahan semakin menggalakkan dengan pertambahan peniaga yang bukan setakat tidak mampu buat lesen niaga, (rm60 sahaja untuk enterprise) bahkan tidak mempunyai pengetahuan tentang apa yang dijual. Janji untung sedikit dan boleh menampung perbelanjaan makanan tambahannya sebulan. Itu pun kalau lepas sebulan. Semua pakat lawan harga, jadi untung pun tinggal sikit. Nak main quantiti? Berapa ramai sangat yang menggunakan supplemen bina badan ini? Tidak cukup dengan itu, ada yang jadi doktor sendiri. Jual steroid, jual vitamin dan sebagai. Buat negara seolah-olah negara sendiri tanpa undang-undang. Semua boleh jual dan pamer. Produk tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dipamerkan sesuka hati. Kenapa agaknya syarikat-syarikat yang dah lama bertapak seperti GNC dan sebagainya tidak menjual produk-produk seperti lipo 6 dan fat burner yang lain kecuali hydroxycut. Ini kerana hydroxcut biasa sahaja yang dapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, tetapi kebanyakan peniaga internet ini agaknya adik-beradik agung kut. Banyak yang dapat lesen agung tidak perlu lesen niaga untuk berniaga, tidak perlu mematuhi undang-undang.

Di Saigon

Kursus Kecergasan 2024

Kenapa tiba-tiba saya menimbulkan isu ini, kerana ada yang bertanya, bukan seorang tetapi beberapa orang, kenapa saya tidak berniaga suplemen secara penuh? Perniagaan utama saya sebenarnya konsultansi, penubuhan gymnasium, kelab, studio dan sebagainya yang sama kategori. Saya buat team building, program-program korparat, program rekreasi dan sebagainya. Saya juga seorang tenaga pengajar, jurulatih peribadi, speaker, seorang terapi senaman. Trading cuma sebagai daripada perniagaan saya. Saya juga ada jual supplemen, barang-barang aksesori perempuan, emas dan sebagainya. Yang uruskan bahagian trading adalah team saya. Saya tidak benarkan meletak begitu banyak supplemen di sini lebih-lebih yang tidak dibenar dipamerkan.

Jika saya promosikan makanan tambahan, saya dah jadi seperti kebanyakan peniaga lain yang mendidik pembeli seolah-olah mengatakan ‘tanpa produk ini badan tidak boleh jadi’, ‘wajib ambil sekian-sekian produk untuk besarkan badan, untuk kuruskan badan’. Sebagai pengguna, kita perlu bijak, kalau betul banyak duit, tidak tahu hendak buat apa, mungkin kes lain kut. Jangan set dalam minda, ‘aku perlukan suplemen untuk besar’. Saya mempromosikan gaya hidup sihat sebagai satu terapi pencegahan daripada penyakit-penyakit kronik dan dapat hidup sempurna dan bahagia tanpa sakit, insyAllah. Kita berusaha, yang menentukan Dia. Saya bukan mempromosikan bina badan, cuma saya minat dengan sukan bina badan. Saya bukan ahli bina badan, partner saya ahli bina badan (rasanya satu Malaysia kenal dia) dan saya mempunyai ramai murid yang minat bina badan dan terlibat dalam pertandingan. Jadi saya terlibat secara langsung dalam bina badan, sebagai jurulatih, sebagai pengadil, sebagai pengkritik dan sebagainya sehingga menimbulkan banyak kawan dan musuh dalam arena ini disebabkan saya berani bersuara. Rasanya ramai juga tahu pasal apa.

Terjumpa pula gambar Dr Lee ketika bekerja dengan Joe Weider dulu. ‘Doc, you look small compare to Lee Haney’. :D. Sebelah kiri itu Lee Haney, 8 kali Mr Olympia

Seminggu dua ini saya agak sibuk dengan pelbagai aktiviti, termasuk menjadi pengadil untuk kejohanan Mr Kuala Lumpur, menjaga pemakanan atlet Sukma bina badan Wilayah Persekutuan, promosi di vietnam dan dalam mencari peluang perniagaan di sana pula, kerja-kerja saya di Bangkok, program-program di kilang di sini tetapi dalam masa yang sama, insyAllah saya cuba menulis untuk sampaikan serba sedikit ilmu untuk manfaat semua. Disebabkan program saya kebanyakan program berbayar, jadi ada yang tidak dapat manfaat, atas permintaan, saya cuba sampaikan dalam bentuk penulisan. Tetapi jika berkesempatan, marilah serta program bulanan saya yang dibuat di beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur dengan bayaran minimum ringgit Malaysia lima puluh sehingga empat ratus seorang. Bayaran tersebut untuk sewa tempat dan bayaran speaker lain jika ada dengan saya sebagai speaker utama atau konsultan-konsultan Zaki Khan yang saya kira ramai kenal dalam fitness line, seorang lain doktor melayu belum dimasukkan. Jadi 1 Malaysia, ada cina, india dan melayu. :D.

Dr Lee

Dr Lee dan Dr Alvin merupakan guru saya yang banyak mendidik saya dahulu dan sama-sama dalam Majlis Kecergasan Kebangsaan di mana Dr Lee merupakan ahli jawatankuasa teknikal, Dr Alvin, saya, Mano, Olivia, Bahagia, arwah Yusof merupakan tenaga pengajar dalam kursus instruktor gymnasium. Kami gelar zaman itu sebagai zaman perubahan dalam arena kecergasan negara dalam menaiktaraf tenaga pengajar dengan menghasilkan jurulatih berilmu. Seperti yang diketahui semua, kita ketinggalkan 28 tahun dalam bidang ini jika dibandingkan dengan negara-negara maju.

Dr Alvin dalam programnya

Bercakap pasal Sukma, saya mendapati kerisauan beberapa pihak dengan isu doping. Ujian air kencing dilakukan untuk pemenang 3 pinggat teratas. Jika didapati positif, tempat keempat kelima dan keenam akan melalui ujian jika. Jika didapati semua positif, maka Sukma Bina Badan akan dikaji semula berikutan Sukan Bina Badan mempromosikan gaya hidup menggunakan dadah sukan. Kenapa timbul kerisauan ini? Disebabkan mudah dapat steroid, jadi yang remaja pun ada kecendurangan menggunakan dadah sukan lebih-lebih lagi tiada ujian doping dilakukkan untuk kategori remaja di peringkat kebangsaan. Ini menunjukkan tahap penggunaan steroid di Malaysia berada pada tahap yang membimbangkan dimana ada orang mengambil steroid di awal usia 16 tahun atau lebih rendah. Apa kata Dr Lee?

‘I have to say this…the future of bodybuilding with the use of steroid will kill more…If you may have not seen the side effects of what these roids can do to you.. dig more i would advise..Everyone who loves sports must be able to live and play throughout your life.. not overly obsesive with all means and then total halt cause you are too sick…!!’

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

20 thoughts on “Borak-borak Zaki Khan Siri 9

  1. merapu sikit ari ni. Saya nak menulis sesuatu pagi ini tak berapa ada mood. Ayah angkat saya meninggal petang semalam, hari ini mungkin akan ke rumah dia berikutan semalam tidak berkesempatan ke acara pengebumian.

  2. takziah bro…
    tringin jgk nak mengikuti program bro tp jarak tk mengizin kn la… hmm kalu ada yg tolong tunjuk ajr pasti bdan akn lbh terbina dgn produktif n bersistematik…

  3. salam..sy berminat nak tau ttg dunia fitness n plan nak jadi fitness trainer lpas abis stdy even sy dari legal background..sy nak belaja fitness dari mereka yg bertauliah,minat pergi gym ttp masa x mengizinkan coz busy stdy..so sape boleh tlg sy untuk gtau apa 1st step yg perlu sy buat untuk capai matlamat sy nak jadi fitness instructor yg bertauliah…thx.

    1. kalau ikutkan dr lee dari banking line, berhenti keje kat bank n keje kat gym. ramai mengata, dia x puas ati, dia g sambung blaja sampai dpt dr n lihatla dia skrang. :p

      perkata pertama boleh mulakan dgn mendapatkan certification. jika berminat menjadi trainer, dptkan certification trainer. Zaki Khan ada bekerjasama dgn National Association of Fitness Instructor dlm menghasilkan trainer berkualiti. NAFI adalah Persatuan dalam Malaysia yang bertindak sbagai bdn mengiktiraf trainer. intake utk certification baru saja lepas akhir bulan 5 ari ni. next akan diberitahu kelas. course utk 6 minggu weekend. slain tu, ada beberapa certification luar yg beroperasi di Malaysia seperti Fisaf, Ace dan sbagainya. slain yg bertapak di sini, juga boleh ambil secara on9, yg top seperti ACSM.

      selepas certification, tambahkan lg experience n jika boleh sambung blaja dlm bidang berkaitan. dptkan pengiktirafan tertinggi jika boleh. jgn setakat jd trainer yg ada sijil sahaja. bila kelayakan tinggi da berilmu kita tahu apa yg kita ajar dan insyAllah dpt hasil yg baik

  4. ok..terima kasih en zaki sbb membantu..sy abis belaja lagi 2 tahun n lpas buat chambering 9 bulan baru saya btol2 akan focus kat benda ni..terima kasih banyak2…:)

  5. takziah bro..

    bro,ramadhan & syawal dh nk dekat.so apa kata bro tulis 1 entri ttg panduan lengkap utk bina bdn dlm bulan ramadhan & syawal.makan cmne,workout cmne,rest cmne, ape yg nk kne buat, ape yg x blh buat & sewaktu dgnnye.

    1. mmg ada plan nak buat. cuma rasa cam terlalu awal lg nak kluar post bulan puasa, jd hold dulu. dlm seminggu-2minggu sbelum puasa boleh kut

  6. hola bro……nk minta pandangan ni.. cara workout mana yang lebih baik dan berkesan sama ada tumpukan pada satu2 bahagian untuk setiap satu sesi atau pun buat keseluruhan bahagian…tq

    1. depend. kekadang 1 bahagian bdn lebih elok, kekadang seluruh bahagian bdn lebih elok. knapa buat 1 bahagian bdn? utk beri bdn lebih byk rehat. seperti diketahui, otot membesar ketika rehat. jenis latihan disesuaikan mengikut individu. bg mereka yg sibuk, x boleh train hari2, seeloknya buat latihan campur.

  7. salam dato’ zaki..detox(yg buang toksin via tapak kaki) ok ke kalo gune..?

  8. Salam..kenapa lipo 6 tak masuk sebagai supplement rasmi di malaysia? kandungan lipo 6 halal tak utk org Islam..?

    1. apa maksudnya supplement rasmi? malaysia ada supplement rasmi ke?

      1. mungkin maksud saudara kita kenapa tak dapat celarance KKM….
        p/s baru terjumpa website ni, enjoy reading ur web bro…2 thumbs up

        1. kalau nak kira yg dpt clearance KKM, boleh kata 99% peratus x dpt kelulusan. kalau x silap hydroxycut ‘biasa’ sahaja dpt kelulusan. yg lain dibawa secara tidak sah ke malaysia

  9. salam dato..sya bru gunakan lipo 6 black c.c…adkah kalu di urine adlah positif…

    1. boleh kata hampir semua fat burner boleh menyebabkan urine positif. 2nd case akan kategorikan dlm jamu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: