Budu Jan16

Kongsi

Budu

Ada yang tanya saya, apa khasiat budu? Pernah makan budu? Saya tak pernah cuba. Sedap ke? Tak boleh tahan dengan bau dia.

Budu merupakan makanan tradisional daripada Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis yang dijeruk sehingga hancur. Hasilnya daripada hidrolisis dan microbial proteases. Rasa dan baunya adalah daripada tindakan mikro organisma proteolitik yang masih hidup semasa proses penapaian. Aren dan asam jawa biasanya ditambah untuk menggalakkan tindak balas dan menyebabkan warna coklat gelap. Nisbah ikan untuk garam memainkan peranan penting untuk produk akhir yang diingini. Kepekatan garam yang berbeza mempengaruhi aktiviti mikrob dan enzim menyebabkan rasa yang berbeza. Mikro organisma yang ditemui semasa pengeluaran budu diklasifikasi sebagai halophilic. Mikro organisma memainkan peranan penting dalam degradasi protein dan perisa.

Kajian menunjukkan budu memiliki banyak antioksida termasuk glutaione, isoflavon (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) dan sebagainya. Budu juga berpotensi melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan, mencegah beberapa penyakit degeneratif seperti sakit jantung, diabetis, kanser dan sebagainya. Kajian lanjutan lebih berkisar tentang kandungan yang terdapat dalam budu.

Apa yang ada dalam budu? Budu mudah dicerna dan mampu mengatasi masalah cirit birit pada kanak-kanak. Ia juga merangsang sel-sel otak dan memperkukuh ikatan di antara neuron serta menguatkan neuron yang lemah. Pemakanan budu juga membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa yang mana merupakan penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut. Budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumonieae dan citrobacter frundiin. Vitamin B12 perlu untuk pembentukan sel darah merah.

Terdapat pelbagai jenis mineral termasuk zat besi, kalsium, magnesium dan sebagainya. Kajian yang dijalankan menunjukkan unsur genestein dan phytoestrogen pada budu mencegah penyakit kanser, penuaan dan barah payu dara. Budu bersifat hipokolesterolemik, menurunkan lemak darah. Pemakanan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolesterol. Budu memiliki sumber yang baik dan juga serat yang tinggi sekitar 8 hingga 10 peratus.

Nota: Tidak salah jika anda ingin menambah budu dalam pemakanan harian, tetapi seperti biasa, benda baik jika terlalu banyak pun tidak baik.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube