Carb Cycle Diet

Hari ini saya nak perkenalkan Carb Cycle Diet atau Diet Kitar Karbohidrat. Ia adalah diet bertukar-tukar antara high-carb dan low-carb. Anda boleh jaga makan dan makan banyak tapi berjaya turunkan berat badan. Menarik tak? Diet ini dicipta disebabkan kebanyakan orang tidak mampu menahan diri daripada makan setiap hari.

 

Carb Cycle Diet

Pelan Diet

Hari Pertama: Tinggi Karbohidrat
Hari Kedua: Rendah Karbohidrat
Hari Ketiga: Tinggi Karbohidrat
Hari Keempat: Rendah Karbohidrat
Hari Kelima: Tinggi Karbohidrat
Hari Keenam: Rendah Karbohidrat
Hari Ketujuh: Rehat

Susunan ini boleh diubah ikut sasaran anda. Tidak semestinya kena ada rehat dalam seminggu. Boleh juga buat dalam sebulan. Tak berapa digalakkan rehat terlalu kerap. Diet ini boleh digunakan untuk menguruskan badan, dan boleh juga digunakan untuk membesarkan badan. Anda boleh lebihkan hari rendah karbohidrat untuk turunkan berat badan atau sebaliknya untuk besarkan badan.

Contoh:

Hari Pertama: Rendah Karbohidrat
Hari Kedua: Rendah Karbohidrat
Hari Ketiga: Tinggi Karbohidrat
Hari Keempat: Rendah Karbohidrat
Hari Kelima: Rendah Karbohidrat
Hari Keenam: Tinggi Karbohidrat
Hari Ketujuh: Rendah Karbohidrat
Hari Kelapan: Rendah Karbohidrat
Hari Kesembilan: Rehat

Kitar Karbohidrat

Berapa rendah? Berapa tinggi?

Lelaki

Tinggi Karbohidrat
2-3 gram karbohidrat x berat badan (lb)
1-1.25 gram protein x berat badan (lb)
Lemak serendah mungkin

Rendah Karbohidrat
0.5-1.5 gram karbohidrat x berat badan (lb)
1.25-1.5 gram protein x berat badan (lb)
0.15-0.35 gram lemak x berat badan (lb)

Perempuan

Tinggi Karbohidrat
1 gram karbohidrat x berat badan (lb)
0.75 gram protein x berat badan (lb)
Lemak serendah mungkin

Rendah Karbohidrat
0.2-0.5 gram karbohidrat x berat badan (lb)
1 gram protein x berat badan (lb)
0.1-0.2 gram lemak x berat badan (lb)Kursus Kecergasan 2024

Wajib

Anda perlu makan karbohidrat secepat mungkin selepas bangun tidur tak kira hari rendah karbohidrat atau tinggi karbohidrat. Perlu makan 5 kali sehari, tak kurang, tak lebih. Makan setiap 3 jam.

Selamat Mencuba!

Carb Cycling

 

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

5 thoughts on “Carb Cycle Diet

  1. Contoh carb yg sesuai diambil? Maksudnya simple or complex carb?

    1. depend. as long carb. antara pilihan biasa, seperti keledek jepun.

  2. Ridzuan Yusof says:

    Assalamualaikum wbt
    Coach mohon pandangan..berat badan sy mencecah 113kg…boleh atau tidak coach aturkn program diet permakanan seharian spt yg Coach berikan tentang low crab n high crab…sy mmg kurang arif n senaman yg sy jalani skrg nie seminggu 2 kali main badminton….mohon pandangan dan aturan program dr coach…tq

    1. wslm.
      masukkan saja dlm formula di atas. cuma kg tu tukar ke lb.
      kg x 2.2245 = lb

  3. Wow. Menarik. Nak cuba ni

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: