Carpal Tunnel Syndrome Aug08

Kongsi

Carpal Tunnel Syndrome

Carpal tunnel syndrome adalah kebas, bergetar, lemah, sakit di bahagian tangan disebabkan tekanan ke atas saraf median di pergelangan tangan.

Carpal Tunnel Syndrome

Saraf median melalui kawasan kecil di bahagian pergelangan yang di panggil carpal tunnel. Saraf median mengawal pergerakan dan rasa di bahagian ibu jari dan 3 jari lain tidak termasuk jari paling hujung.

Banyak penyebab yang mungkin seperti:

• Penyakit seperti hypothyroidism, rheumatoid arthritis dan diabetes
• Buat pergerakan yang sama berulang-ulang yang melibatkan pergelangan tangan
• Sukan seperti bowling, angkat berat yang melibatkan pergerakan ulangan
• Mengandung

Bagaimana nak kenal pasti anda ada masalah ini? Pernah tak rasa sakit atau berdenyut-denyut di bahagian pergelangan tangan, atau ibu jari atau di bahagian lengan? Rasa tak selesa atau kebas? atau mungkin pernah tiba-tiba menggigil di bahagian situ? Senang tak nak buka penutup botol yang ketat? Grip yang lemah? Buat deadlift tapi grip sentiasa gagal dahulu?

Antara senaman yang dikategorikan membentuk masalah ini adalah upright row, wrist curl, close grip bench press, dan power clean. Bukan kata tak boleh buat, akan tetapi terlalu banyak boleh menyebabkan masalah ini. Jika anda ada masalah ini, kurangkan senaman-senaman ini.

Anda juga perlu tahu bahawa, kebas tidak semestinya carpal tunnel syndrome. Ia boleh jadi juga masalah pada pinggang di bahagian C7.

Sakit Pergelangan Tangan

Bagaimana mengubatinya?

• Cara paling mudah adalah berehat atau elakkan aktiviti berulang melibatkan kawasan cedera
• Ramai yang pakai balutan wrist bagi mengurangkan sakit. Ianya hanya membantu sementara dan bukan penyelesai masalah
• Terapi fizikal adalah pilihan terbaik, termasuk ultrasound, regangan dan latihan-latihan memperbaik limitasi pergerakan. Jumpa ahli fisio berdekatan.
• Ambil nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan. Dalam kes kritikal, corticosteroid samada dalam bentuk oral atau suntikan ke dalam carpal tunnel dipertimbangkan
• Pembedahan jika rawatan lain tidak membantu. Biasanya dicadangkan jika dah terlalu lama atau kerosakan saraf

Rujukan
http://www.webmd.com/pain-management/carpal-tunnel/carpal-tunnel-syndrome-topic-overview
http://www.nhs.uk/conditions/carpal-tunnel-syndrome/Pages/Whatisit.aspx

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini