Carta Tahi Oct01

Kongsi

Carta Tahi

Warna tahi boleh jadi petanda penyakit. Penyakit boleh jadi pelbagai. Ia boleh jadi masalah gastrointestinal atau penghadaman tidak berfungsi dengan baik.

Jom kita lihat~

Kategori Normal

1. Warna coklat sederhana atau lebih terang adalah dikategorikan sebagai normal. Jika warna terlalu pekat, ada kemungkinan masalah pendarahan di usus. Warna bercampur kehijauan, datang daripada sayur hijau juga dikategorikan sebagai normal.
2. Kemerahan atau hitam yang pudar. Merah mungkin datang daripada makanan berwarna merah seperti tomato, cranberry dan sebagainya. Warna hitam mungkin juga disebabkan makanan seperti blueberry, pil zat besi atau ubat cirit birit.
3. Kehijauan. Warna hijau agak jarang akan tetapi dikategorikan sebagai normal. Warna hijau mungkin disebabkan sayuran hijau atau ubat-ubatan tertentu.

Stool Chart 2

Kategori “Perlu Check-up

1. Hitam seperti tar. Kemungkinan petanda kecederaan di bahagian dalam. Mungkin masalah penghadaman. Mungkin buasir. Ia boleh jadi juga disebabkan terlebih ambil suplemen iron.
2. Warna kelabu asap. Warna ini menunjukkan kemungkinan masalah hati atau pankreas. Pankreas mungkin dicemari. Ada pelbagai kemungkinan termasuk tumor atau barah, pancreatitis, cirrhosis atau pengerasan hati atau hepatitis. Ia juga mungkin disebabkan kesan sampingan perubatan seperti pengambilan bismuth subsalicylate dan ubatan cirit birit.
3. Merah pekat. Kemungkinan berlaku kecederaan di bahagian usus, perut, buasir dan sebagainya. Hubungi doktor segera.
4. Kuning berminyak dengan bau tidak menyenangkan. Berlebihan lemak dalam tahi mungkin disebabkan masalah penyerapan di usus kecil, mungkin celiac disease. Tahi berwarna kuning juga mungkin disebabkan keadaan yang menyekat penghasilan enzim pancreatic lipase.
5. Kuning dalam bentuk cirit. Ia mungkin disebabkan parasit yang terkandung dalam makanan atau minuman tercemar.

NASC 2015

Bagaimana dengan rupa?

1. Jika ia terlalu hitam, terlalu keras, untuk satu jangka masa yang lama. Jumpa doktor.
2. Jika ia berlendir dalam kuantiti yang banyak dan semakin meningkat jumlah lendir, dinasihatkan jumpa doktor juga. Adalah normal kehadiran lendir dalam jumlah yang sedikit yang mana lendir ini bertindak sebagai pelincir pergerakan tahi.

Stool Chart

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini