Cheat Day: Adakah Ia Perlu? Jan02

Kongsi

Cheat Day: Adakah Ia Perlu?

Bagi yang sudah biasa berada dalam fasa “diet” untuk mengurangkan berat badan, pasti akan biasa dengan terma cheat day iaitu satu hari di mana anda dibenarkan untuk memakan apa sahaja jenis makanan yang anda mahu. Kalau hari biasa, anda hanya boleh makan ubi keledek, oat, nasi beras perang, pada hari cheat day pula anda hendak makan kek coklat, pizza, burger, dan sebagainya dikatakan tiada masalah. Tapi adakah betul-betul ia tidak mendatangkan masalah?

Aiman Radzi - Cheat Day Adakah Ia Perlu

Kunci untuk mengekalkan gaya pemakanan sihat dan terus membakar lemak adalah dengan mengawal kelaparan, nafsu makan, dan meningkatkan tahap kekenyangan dengan pilihan-pilihan makanan yang tepat tanpa menebus balik gaya ini dengan pemakanan luar kawalan pada hari hujung minggu (cheat day). Sesetengah orang mampu meninggalkan terus tabiat memakan makanan tidak sihat tanpa sebarang masalah, ada pula yang ibarat berhenti rokok sampai demam-demam.

Inilah yang membezakan antara yang berjaya dengan yang gagal. Ketahanan mental dan kekuatan untuk mengawal nafsu. Jadi, kita lihat apakah sebenarnya yang dimaksudkan dan tujuan cheat day dalam fasa pengurangan berat badan.

NASC 2017

Tujuan Cheat Day

Sebenarnya, ada perbezaan antara terma cheat day dan cheat meal tetapi sering dikelirukan atau difikirkan sama. Bagi saya, cheat day bukanlah sesuatu yang membantu pun dalam perjalanan perubahan berat badan anda. Berbanding dengan cheat mealcheat meal lebih mudah melencongkan anda daripada sasaran sebenar.

Cheat day secara amnya bermaksud anda tidak perlu risau apa yang anda makan pada satu hari tersebut. Anda tidak perlu kira kalori, anda tidak perlu pilih makanan rendah karbohidrat dan lemak. Pendek kata, anda boleh makan sesuka hati. Gaya inilah yang boleh merosakkan titis-titis usaha anda menjaga makan selama seminggu.

Pizza Untuk Cheat Day

Cheat meal hanya bermaksud makanan di luar daripada perancangan anda yang di makan pada satu-satu masa. Sebagai contoh, jika anda sepatutnya makan nasi goreng ayam (700kcal) pada jam 12 tengahari, tetapi anda dijemput rakan untuk makan di kedai pizza, jadi anda mengambil sepotong setengah pizza dengan jumlah kalori yang lebih kurang sama. Cheat meal ialah penggantian jenis makanan sihat dengan makanan-makanan lain.

Mengapa anda mengadakan hari cheat seperti ini? Orang kata, cheat day bertujuan dari segi psikologi untuk membantu minda motivasi kita kekal tinggi dengan membenarkan diri untuk memakan makanan yang diidam-idamkan selama ber”diet”. Seminggu menahan diri daripada memakan makanan-makanan tersebut, dipuaskan dengan satu hari cheat day pada hujung minggu yang memberi peluang kepada badan untuk merasa makanan-makanan ini.

Kesan Sebenar Cheat Day

Betul, cheat day mampu memberi kesan terhadap tahap motivasi dan psikologi anda. Mereka yang sedang mengamalkan sebarang “diet” dan mengamalkan konsep cheat day pasti berasa seronok apabila sampai ke hari hujung minggu, kerana mereka dapat memakan makanan kegemaran mereka semula untuk sehari.

Terlalu betul, sehingga menjadikan mereka ini lebih cenderung untuk terlajak makan pada hari tersebut. Sekali gus, keterlajakan ini menyebabkan usaha mereka selama seminggu berhadapan dengan risiko tinggi untuk menjadi sia-sia.

Apa yang berlaku juga, mereka boleh menjadi terlalu obses untuk sampai ke hari cheat mereka dan menjadikan mereka jatuh cinta dengan hari tersebut. Misi mereka bukan lagi menjaga makan untuk mengurangkan berat badan dan membakar lemak, tetapi menjaga makan supaya dapat memuaskan nafsu makan di hujung minggu.

Apa Yang Saya Ingin Sampaikan?

Cheat day memang boleh bantu membendung nafsu makan jika dilakukan dengan betul. Tetapi, terlalu ramai yang lari jauh daripada tujuan sebenarnya dalam proses membakar lemak.

Bagi saya sendiri, anda tidak patut amalkan konsep cheat day ketika hendak menguruskan badan. Sebaliknya, jika anda amalkan konsep cheat meal, ia adalah lebih baik berbanding meletakkan satu hari di mana anda dibenarkan untuk memakan apa sahaja bagi memenuhkan perut.

The Rock Cheat Day

Jika anda masih tidak faham mengapa saya berkata yang cheat day lebih mudah memesongkan anda, lihat contoh di bawah ini:

  1. BMR: 2000kcal
  2. DCR untuk bakar lemak: 1700-1900kcal
  3. Hari 1: 1700kcal
  4. Hari 2: 1800kcal
  5. Hari 3: 1900kcal
  6. Hari 4: 1700kcal
  7. Hari 5: 1600kcal
  8. Hari 6: 5000kcal
  9. Hari 7: 1200kcal

Sekarang, kalau anda dapat kekalkan setiap hari dengan jumlah 1700kcal, defisit yang anda berjaya dapat untuk minggu tersebut adalah sebanyak 2100kcal (2000-1700kcal darabkan dengan 7). Teruskan untuk sebulan, anda dapat bakar lebih 1kg lemak tanpa sebarang senaman, hanya menjaga makan. 1kg belum berasa banyak, tapi dalam setahun anda dapat turun 12kg dan menjadi lebih sihat.

Lihat pula contoh di atas, apa yang berlaku ialah pada hari minggu (Hari 6), anda mengadakan hari cheat dan mula memakan makanan-makanan seperti makanan segera, makanan manis, makanan berminyak, makanan tinggi garam, dan sebagainya. Tanpa sedar, anda terlebih makan pada hari tersebut dan cuba untuk menebus semula pada hari berikut dengan mengurangkan kalori secara drastik. Cuba anda kira jumlah defisit di atas.

Tidak mengapa, saya tolong kirakan. Jumlah yang anda akan dapat adalah 900kcal di atas paras BMR pada minggu tersebut! Ini dinamakan surplus bagi yang hendak menaikkan berat badan. Anda pula ingin menurunkan berat badan. Sungguh kontra sekali!

Konklusi

Bukanlah setiap daripada mereka yang mengamalkan cheat day akan mengalami masalah ini. Tetapi, ia adalah kemungkinan yang sangat tinggi untuk berlaku. Dan, nombor-nombor yang diberikan di atas hanyalah contoh.

Konklusi Cheat Day

Jika anda sedang mengamalkan gaya pemakanan begini dalam proses membakar lemak, dan anda dapati anda sudah tidak berjaya lagi menurunkan berat badan untuk beberapa minggu (mungkin beberapa minggu pertama anda masih berjaya), berkemungkinan besar inilah masalahnya.

Cheat meal adalah makanan-makanan yang anda ingin dan dimasukkan sekali-sekala dalam jadual pemakanan anda. Peraturannya, makanan tersebut haruslah menepati kehendak kalori pada hari tersebut anda dengan makanan yang digantinya. Jadi, anda masih dapat makan makanan kegemaran anda tanpa melencongkan proses “diet” anda.

Aiman Radzi

Berasal dari seorang yang bersaiz kecil dan pemalu, kini menjadi lebih kuat dan berani selepas bergiat aktif dalam dunia kecergasan. Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Beliau juga merupakan pengamal urutan sukan.

Bagi Aiman Radzi, bersenam bukan sekadar untuk menguatkan fizikal, tetapi turut untuk membina ketahanan mental. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

Facebook Twitter YouTube  

iklan ebook   ds ads   iklan disini