Chin Up VS Pull Up Oct24

Kongsi

Chin Up VS Pull Up

Apa perbezaan antara chin up dan pull up?

Pull Up

Pull Up

Pull Up – Tapak tangan menghadap ke hadapan, ke luar daripada badan. Pull up yang biasa bukaan tangan lebih besar daripada bahu

Chin Up

Chin Up

Chin Up – Tapak tangan ke dalam, menghala ke badan. Chin up yang biasa bukaan tangan sama dengan bahu

Terdapat pelbagai jenis lagi. Akan tetapi yang nampak berbeza lagi adalah Neutral Grip dimana tangan bertentangan antara satu sama lain.

Neutral Grip

Neutral Grip

Apa perbezaannya?

Kedua-duanya menggunakan satah vertical yang mana menyasarkan otot yang sama iaitu otot belakang terutama lattisimus dorsi dan bicep. Pull up menggunakan shoulder adduction. Manakala chin up menggunakan shoulder extension. Neutral grip juga menggunakan shoulder extension. Bezanya tidak besar sehingga menunjukkan mana senaman lebih baik. Pelbagaikan jenis pergerakan yang dibuat.

Chin up lebih menggunakan bicep. Jadi kebanyakan orang akan dapat buat chin up lebih ulangan berbanding pull up. Jika nak bandingkan perbezaannya, chin up lebih pada bicep dan pull up lebih pada lattisimus dorsi. Grip atau tempat pegangan juga memainkan peranan. Lebih kecil bukaan tangan lebih menyasarkan otot bicep, lebih besar lebih menyasarkan otot belakang.

Sebelum ini dipercayai ada perbezaan besar antara pull up dan chin up. Akan tetapi kajian menunjukkan perbezaannya cuma sedikit dan tak berbaloi untuk dibandingkan.

Walaupun senaman pull up dan chin up ini tidak merbahaya, akan tetapi ada kondisi-kondisi yang patut dielakkan. Elakkan chin up atau pull up dibelakang leher. Ada sesetengah orang mungkin tidak bermasalah disebabkan sendi bahunya lentur akan tetapi kebanyakan orang akan mula membentuk masalah di bahu. Mungkin tak rasa sekarang, mungkin sepuluh tahun akan datang. Bukaan tangan atau grip yang terlalu besar juga bahaya untuk bahu.

Bila nak lakukannya? Anda boleh lakukannya ketika hari latihan untuk belakang atau bahu. Ia juga boleh dilakukan sebagai aktiviti memanaskan badan setiap kali latihan.

Shoulder Adduction

Shoulder Adduction

Shoulder Extension

Shoulder Extension

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube