Corak Pemakanan Nov03

Kongsi

Corak Pemakanan

Adakah perlu makan berat ketika sarapan?

Adakah makan malam mengemukkan?

Adakah boleh makan malam selepas jam 6 petang?

Kursus Kecergasan 2017Persoalan sebegini sentiasa bermain di minda, lebih-lebih lagi pada yang baru hendak mulakan gaya hidup yang sihat atau mungkin seorang pelajar dengan peruntukan yang minima, atau seorang pekerja syif dan sebagainya.

Telah menjadi satu kepercayaan bahawa, perlu makan berat pada permulaan hari dan makan kurang pada malam hari. Cerita cara pemakanan begini telah tersebar sehingga keluar satu pepatah, sarapan seperti seorang raja, makan tengahari sebagai orang biasa dan makan malam seperti orang miskin. Tersebar juga cerita mengatakan makan karbohidrat selepas jam 6 petang boleh menggemukkan. Sejauh mana kebenarannya?

Tiada sebarang bukti menunjukkan bahawa makan malam menggemukkan. Kajian telah dijalankan mengikut populasi. Kebanyakan yang makan malam dengan pemilihan kalori merapu disertai dengan gaya hidup yang tidak sihat, tiada senaman boleh menjuruskan kearah kegemukan.

Kajian jenis ini dipanggil kajian melalui pemerhatian (observational studies). Melalui kajian ini, pakar nutrisi menyimpulkan bahawa kalori berlebihan yang diambil oleh mereka yang ada masalah obesiti, populasi umum boleh menyebabkan kegemukan. Kajian jenis ini juga tergolong dalam kajian epidemiology. Kajian melibatkan orang biasa (average joe). Secara amnya, kebanyakan orang mengambil lebihan 250 kalori berbanding kumpulan lain.

Kajian yang sama juga dibuat pada corak pemakanan. Melalui kajian ini, mereka mendapati, kebanyakan yang makan secara tidak teratur dengan mengelak sarapan, mengelak mana-mana menu, rata-ratanya terdiri daripada mereka yang obes. Kajian ini secara amnya tidak memasukkan gaya hidup, cuma berdasarkan kumpulan sasaran dan pemerhatian.

Tahukah anda, pada asalnya, corak pemakanan kerap dicipta untuk melakukan produk makanan tambahan. Secara logiknya, jika seseorang tidak dapat makan sekerap yang boleh, pada masa lain, mereka akan ambil melalui produk makanan tambahan seperti protein shake. Makan yang kerap juga ada kelebihannya, iaitu melengkap nutrisi yang diperlukan, tetapi bukan kewajipan, ‘100% kena ikut’. Bahkan 3 kali sehari pun mencukupi jika keperluan nutrisi mencukupi.

Manusia akan menerima bagaimana corak makanan yang ditentukan oleh badan. Penyesuaian ini dikawal selia oleh ghrelin, homon yang meningkat ketika masa makan dan menyediakan badan untuk membakar nutrisi yang diperlukan.

Topik ini saya tulis berikutan ramai yang kata susah nak jaga makan disebabkan masih belajar, atau kerja mengikut syif di mana masa makan tidak menentu tetapi dalam masa sama berminat untuk menjaga kesihatan, memiliki bentuk badan yang menarik dan sebagainya. Sebenarnya tidak menjadi masalah walaupun corak pemakanan mungkin berbeza. Walaupun tidak dapat makan berkali-kali dalam sehari. Paling penting cukupkan keperluan nutrisi yang diperlukan oleh badan walaupun mungkin dengan hanya 3 kali sehari.

Apa kesimpulan daripada corak pemakanan? Adakah perlu makan berat ketika sarapan, ketika makan malam dan sebagainya? Terbaik sekiranya mengikut keperluan badan. Makan berat diperlukan untuk aktiviti yang berat. Bagi mereka yang kerja di pejabat, mereka tidak perlukan kalori di waktu pagi seperti mereka yang kerja mengangkat simen. Begitu juga seorang pelajar, yang mana rata-rata akan menggunakan kalori terbanyak hanya semasa latihan. Jadi menu terbesar sepatutnya adalah menu sebelum latihan, dan juga selepas latihan untuk pemulihan. Jumlah kalori sehari ditentukan oleh kiraan dalam sehari dan bukan hanya 1 menu. Jadi jangan takut untuk makan malam. Masa atau timing makan adalah penting.

Antara kajian tentang corak pemakanan

Pola pemakanan dengan meninggalkan sarapan atau menu-menu lain adalah berkait dengan kekurangan nutrisi.
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/14647222

Pemakanan tinggi kalori ketika sarapan atau tinggi kalori pada waktu petang tidak memberi perbezaan pada tahap kehilangan berat.
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/3508745

Corak pemakanan, dengan sarapan mengurangkan risiko pengambilan kalori berlebihan di kemudian hari.
htpp://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/1550038

Pengambilan kalori tinggi bergantung pada aktiviti, menggalakkan pembakaran lemak.
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/9040548

Menunjukkan kehilangan berat lebih dengan pengambilan karbohidrat selepas jam 6 petang.
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21475137

Diana Amir, tiada kena mengena dengan tajuk.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube