Craving Feb04

Kongsi

Craving

Tengah-tengah duduk atas sofa tengok TV, tiba-tiba terdengar coklat bar dalam peti ais memanggil nama anda. Tak lapar pun ketika itu tapi sedar-sedar dah mengunyah coklat. Rasa bahagia dan gembira saja makan coklat. Siapa pernah alami situasi begini? Majoriti daripada kita ada keinginan terhadap sesuatu makanan atau food craving. Ada yang ingin makanan manis, ada yang ingin makanan masin, ada yang ingin pizza, aiskrim dan sebagainya. Bagaimana atasinya?Kursus Kecergasan 2017

Kenali Keinginan, Penyebab dan Solusi

Manis

Jika anda craving makanan manis, ada berkemungkinan ada masalah dengan insulin. Memberi lebih gula menyebabkan masalah itu semakin teruk disebabkan gula yang masuk akan menyebabkan insulin dirembeskan lagi menyebabkan keinginan itu meningkat. Pilih gula seperti buah apabila anda craving benda manis. Dalam masa sama tambah makanan tinggi serat untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Coklat

Keinginan pada coklat menunjukkan anda kekurangan magnesium. Menurut kajian, lebih 80 peratus daripada populasi kekurangan magnesium dalam diet seharian. Coklat walaupun bagus untuk antioksida akan tetapi tinggi gula. Pilih coklat gelap atau dark chocolate jika anda craving. Pilih yang lebih 75 peratus coklat gelap. Ia biasanya rendah gula. Dalam masa sama, makan makanan tinggi magnesium seperti kacang, ikan dan sayur hijau.

Craving-Coklat

Masin

Keinginan terhadap makanan masin termasuk makanan ringan seperti patato chips, mee segera yang tinggi garam menunjukkan anda seorang yang hidup dengan tekanan. Tekanan mungkin datang daripada kerja, mungkin daripada keluarga, dan lain-lain. Cuba atasi tekanan itu. Ada pelbagai cara mengurangkan tekanan termasuk meditasi, solat dan sebagainya. Selesaikan masalah yang melanda. Dapat konsultasi pakar atau pihak lain jika perlu.

Craving-Makanan-Ringan

Daging Merah

Keinginan terhadap daging merah menunjukkan kekurangan zat besi. Daging merah termasuk burger daging, steak dan sebagainya. Perempuan tengah haid biasanya kurang zat besi. Tambah makanan tinggi zat besi seperti kurma, kacang, legume dan lain-lain.

Keju

Keinginan terhadap makanan berkeju seperti pizza menunjukkan kurang lemak baik dalam diet. Tambah lemak baik seperti salmon, flaxseed oil dalam pemakanan harian.

Craving-Pizza

Keinginan terhadap makanan bukan disebabkan kelaparan. Keinginan tak datang daripada perut tetapi daripada signal di otak.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube