Creatine Oct29

Kongsi

Creatine

Creatine? Apa sebenarnya creatine? Creatine adalah sebatian bernitrogen yang hadir secara semulajadi dalam daging dan ikan. Ia diproses di hati, pankreas dan buah pinggang. Dalam pecahan sainstifiknya dipanggil asid metylguanidine asetik yang terdiri daripada tiga asid amino iaitu methionine, arginine dan glycine.

Kegunaan dalam sistem tenaga boleh rujuk entri
Sistem Tenaga 1
Sistem Tenaga 2
Sistem Tenaga 3

NASC 2015

Pada peringkat awal dunia makanan tambahan, ia diperkenalkan dalam bentuk creatine monohydrate. Otot menyimpan creatine dalam bentuk creatine phosphate. Ia berfungsi sebagai sebahagian daripada sistem tenaga ATP-PC atau dikenali sebagai sistem phosphagen. ATP adalah tenaga segera daripada sel dimana secara ringkasnya ATP dipecahkan ke bentuk ADP dan kembali ke bentuk ATP dengan bantuan creatine phosphate.

Apa lagi kelebihan creatine? Creatine atau bahasa melayunya kretin juga bertindak sebagai volumizer atau pembesar sel dengan menarik air ke dalam sel otot. Creatine adalah benda pertama kepada kesan ini diikuti oleh produk-produk NO.

Phosphocreatine

Jenis Creatine

1. Monohydrate

Creatine monohydrate adalah jenis pertama yang dikeluarkan dan masih ada dibawah beberapa jenama seperti EAS. Jenis ini memerlukan gula, dalam bentuk fructose untuk penyerapan yang baik. Ia memerlukan fasa loading 4 hingga 5 kali sehari untuk 4 hingga 5 hari pertama sebelum kembali ke dos sebenarnya.

Contoh: EAS Phosphagen

2. Ethyl Ester

Jenis yang popular di pasaran pada masa kini. Ia tidak memerlukan gula dan fasa loading. Ada dalam bentuk pil dan serbuk.

Contoh: VPX Shotgun, MRI Black Powder

3. Tri-Creatine Malate

Tri-creatine malate adalah sebatian yang dibentuk daripada creatine monohydrate dan asid malic. Asid malic terlibat dalam kitar kreb dan membantu dalam penghasilan tenaga. Apabila asid malic dan creatine monohydrate bergabung, ia jadi lebih larut air. Creatine monohydrate kurang larut air. Tri-creatine malate dipercayai lebih baik daripada creatine monohydrate yang biasa.

Contoh: Gaspari Size On, MusclePharm Creatine

4. Buffered Creatine

Ia boleh dikatakan paling terkini di pasaran dengan nama Kre-Alkalyn. Ia mempromosikan creatine bertukar bentuk ke creatinine dalam masa yang singkat. Ia dikatakan paling cepat larut dan mudah ditapis buah pinggang. Tiada masalah gastric. Creatine jenis lain ada dikaitkan dengan masalah gastric.

Contoh: Labrada Kre-Alkalyn

5. Micronized Creatine

Jenis ini menghasilkan partikel kecil berbanding creatine yang biasa. Ia ada fasa loading dan diminum dengan fructose untuk memaksimakan hasil. Boleh dikatakan jenis termurah jika dibandingkan dengan jumlah hidangan.

Contoh: ON Creatine Powder, Dymatize Creatine Micronized

Pengambilan-Creatine-Bahaya

Ada beberapa jenis lagi produk creatine dalam pasaran tapi tidak berapa popular dan akan datang mungkin lebih banyak lagi produk akan keluar dengan pelbagai jenis dakwaan dan kajian. Jika ditanya, adakah produk creatine berkesan? Saya sendiri menggunakan creatine, jenis micronized yang mana lebih jimat berikutan saiz hidangan yang tinggi. Boleh lihat perbezaan kekuatan akan tetapi bukan dalam jangka masa yang singkat. Ia mengambil masa untuk lihat perubahannya.

Secara teoritikalnya, apabila creatine tinggi, badan boleh menghasilkan tenaga tambahan yang memberi keupayaan untuk melakukan ulangan latihan yang lebih. Kesannya, saiz bertambah dan lebih lean. Adakah creatine ada kesan sampingan? Terdapat beberapa kes dilaporkan dengan penggunaan creatine monohydrate di mana buah pinggang gagal menapis creatine yang masuk secara berlebihan. Kajian menunjukkan pengguna ada masalah buah pinggang sebelum menggunakan produk tersebut.

Rujukan bahaya creatine
http://www.dangersofcreatine.com/
http://www.mayoclinic.com/health/creatine/NS_patient-creatine/DSECTION=safety

Bahaya-Creatine

Bila masa penggunaannya? Ia dicadangkan sebelum, semasa dan selepas latihan. Kebanyakan mencadangkan semasa. Ada juga menambah masa lain seperti masa bangun dari tidur. Produk creatine boleh digunakan oleh lelaki dan perempuan. Produk makanan tambahan creatine bukan wajib diambil. Ia cuma makanan tambahan. Anda juga boleh dapatkan creatine daripada makanan solid seperti daging merah.

Rujukan
http://en.wikipedia.org/wiki/Creatine

Jill-McConkey-Model

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini