Cuaca & Emosi Dec29

Kongsi

Cuaca & Emosi

Sejauh mana keadaaan cuaca boleh memberi kesan negatif kepada diri kita secara fisiologi dan psikologi?

Salah satu punca yang boleh memberi kesan ialah gangguan pada hipotalamus, antara bahagian penting dalam otak, dimana antara peranan terpentingnya ialah menghubungkan sistem saraf kepada sistem endokrin melalui kelenjar pituitari (Hypophysis).

Hipotalamus akan dirangsang apabila cahaya semulajadi melalui retina mata. Keadaan cuaca seperti hujan yang mana awan mungkin menghalang cahaya matahari menyebabkan ianya kurang terangsang, menyebabkan fungsi biologi hipotalamus menjadi kurang optimum, lalu membawa kepada rasa letih, penat, pening; Individu yang terkesan juga boleh menjadi terlebih emosi dan terlebih makan minum.

Inilah Seasonal affective disorder (S.A.D.) atau orang luar panggil “winter/rainy blues”. Gangguan pada hipotalamus juga boleh menganggu kitaran tidur-jaga (Circardian rthym). Salah satu cara untuk mengatasi gangguan ini ialah melalui terapi menggunakan cahaya (lampu/matahari).

Juga terdapat kajian (Park et al, 2013) yang menyatakan bahawa faktor kelembapan udara boleh memberi impak yang lebih besar berbanding faktor suhu terhadap kesan psikologi dan sentimen negatif. Senang cerita, lagi lembab cuaca, lagi emo.

Namun perkara ini subjektif. Terdapat juga kajian (Huibers et al, 2010) yang membuat kajian secara persampelan populasi dan akhirnya berkonklusi bahawa keadaan cuaca dan perasaan negatif tidak berkaitan.

Akhirnya semuanya berbalik kepada diri kita sendiri bagaimana untuk membangkitkan semangat dan kekuatan dalam diri kita.

Yang penting bila cerah, sedap berjalan; Bila hujan, sedap tidur. Hehe.

“Allah menukarkan malam dan siang silih berganti; sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik mata hatinya berfikir.” [QS An-Nuur: 44]

CPT Ads

Rujukan:

(1) Park K, Lee S, Kim E, Park M, Park J, Cha M. Mood and Weather: Feeling the Heat? Proceedings of the Seventh International AAAI Conference on Weblogs and Social Media. July 2013.

(2) Huibers MJ, de Graaf LE, Peeters FP, Arntz A. Does the weather make us sad? Meteorological determinants of mood and depression in the general population. Psychiatry Res. 2010; 180(2-3): 143-6.

Akasa Bina

Akasa Bina atau nama sebenarnya Alif Syamim Syazwan Ramli merupakan seorang Terapis Senaman, Jurulatih Peribadi dan Pengamal Urutan Sukan atau Sport Massage yang diperakui. Bertindak sebagai Strength and Conditioning Coach untuk Team Zaki Khan, dan juga merupakan penulis kedua webblog Zaki Khan. Menjadi atlit sukan Pencak Silat dan juga sebahagian dari barisan atlit Strongman. Pernah menyertai latihan ketenteraan selama 3 tahun.

Disamping aktif dengan minat yang mendalam dalam bidang kesihatan dan kecergasan untuk tujuan membantu masyarakat di Malaysia dalam menuju ke arah kehidupan yang lebih sihat, beliau juga merupakan seorang penyelidik dan kini sedang meneruskan pengajian lanjutan di UPM dengan tumpuan kepada Aerodinamik dan Biomekanik (Avian). Banyak terlibat dalam konferens-konferens antarabangsa di dalam dan luar negara. Pernah menyertai projek antarabangsa di Aachen University of Applied Science, Aachen, Jerman pada tahun 2010.

Facebook Twitter