Daging Merah VS Daging Putih Oct31

Kongsi

Daging Merah VS Daging Putih

Apa sebenarnya beza daging merah dan daging putih?

Antara contoh daging merah termasuk lembu, kambing, babi dan sebagainya manakala daging putih termasuk ayam, ikan dan lain-lain. Kalau ikutkan, kebanyakan haiwan ada kategori daging merah dan daging putih.

NASC 2015

Nak diikutkan sebenarnya banyak perbezaan. Daging merah ada kepekatan myoglobin yang tinggi. Darah merah tinggi kandungan zinc, riboflavin, niacin, thiamin, vitamin B6, B12, iron, yang selalu diwar-warkan kerana kegunaannya dalam pergerakan anaerobik iaitu creatine dan sebagainya. Disebabkan faktor tenaga, daging merah biasa digunakan semasa proses membesarkan badan. Daging merah juga tinggi lemak tepu dan kolesterol jika dibandingkan dengan daging putih. Daging merah jika dimasak dengan suhu tinggi akan meningkatkan karsinogen yang mana boleh jadi penyebab kanser. Disebabkan lemak tepu yang tinggi, daging merah juga dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit.

Daging putih rendah lemak tepu dan kolesterol. Terdapat pelbagai jenis asid amino dalam daging putih seperti ikan. Kebiasaannya daging putih digunakan dalam proses memotong disebabkan kurang lemak lemak tepu dan tinggi lemak yang baik. Secara ringkasnya, kedua-dua jenis daging ini ada pro dan kontranya. Pilihlah diet yang sesuai dengan anda.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini