Daging Sep24

Kongsi

Daging

Ramai tertanya-tanya, bahagian mana pada daging yang tinggi protein. Kalau ayam, kita tahu, bahagian dada. Bagaimana dengan daging? Terdapat beberapa potongan daging dengan nama chuck, ribs, short loin, sirloin, flank, round, beef brisket, corned beef brisket dan pecahan lain seperti tenderloin.

NASC 2015

Carta di atas menunjukkan 1 hidangan 3 oz atau 85g. Paling tinggi protein dan rendah lemak, bahagian round dan sirloin. Saya lebih sukakan sirloin. Lebih sedap dibuat steak. Bila buka cerita pasal daging, ada lagi yang bertanya bagaimana dengan tulang, ekor dan lain-lain sebab dekat Malaysia popular dengan sup gear box dan sup ekor. Kedua-dua itu bahagian tinggi lemak. Sup gear box atau sup tulang kaya dengan lemak.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini