Daging

Ramai tertanya-tanya, bahagian mana pada daging yang tinggi protein. Kalau ayam, kita tahu, bahagian dada. Bagaimana dengan daging? Terdapat beberapa potongan daging dengan nama chuck, ribs, short loin, sirloin, flank, round, beef brisket, corned beef brisket dan pecahan lain seperti tenderloin.

Kursus Kecergasan 2024Carta di atas menunjukkan 1 hidangan 3 oz atau 85g. Paling tinggi protein dan rendah lemak, bahagian round dan sirloin. Saya lebih sukakan sirloin. Lebih sedap dibuat steak. Bila buka cerita pasal daging, ada lagi yang bertanya bagaimana dengan tulang, ekor dan lain-lain sebab dekat Malaysia popular dengan sup gear box dan sup ekor. Kedua-dua itu bahagian tinggi lemak. Sup gear box atau sup tulang kaya dengan lemak.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

16 thoughts on “Daging

  1. wagyu beef atau kobe byk lemakkan?

    1. depend dgn bahagian mana. kobe beef biasanya lebih tinggi lemak

  2. muhammad syafiq says:

    macam mana pula dgn daging kisar?

    cth : daging kisar ramly

    1. daging kisar tu elakkan. segala mcm balance daging termasuk lemak2 diblend sekali.

  3. kalau beli dkt supermarket die tulis ‘TOP SIDE’ bahagian mane ye dato?

  4. dato macamana dgn perut lembu?berapa byk lemak?kalo satay perut lembu?

  5. top side tu dye berdekatan dengan punggung , protein dye tinggi x ?elok x kalau kita ambik tu ?

  6. round dgn sirloin tu kalo kta nak beli kt pasar nk ckp mcm ne kt tukang potong n jual tu????

    1. pasar xde istilah2 ni. kat pasar batang pinang yg paling low fat biasanya.

  7. Salam dato kalau daging burger ramly elok x?

  8. Salam Dato.. Nak tnya . Brpa protein dalam potongan kecil daging lembu.. Yg selalu buat lauk tu

    1. Zaki Khan says:

      wslm. download app myfitnesspal. senang nak check berapa kalori setiap makanan.

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: