Darah Babi Dalam Puntung Rokok Oct10

Kongsi

Darah Babi Dalam Puntung Rokok

Terbaca isu, darah babi dalam puntung rokok? Hemoglobin haiwan itu diguna dalam penapis.

Seorang profesor di University Sydney mendakwa, darah babi menjadi salah satu bahan campuran di dalam puntung rokok. Kajian penyelidikan Belanda menemui hemoglobin babi digunakan untuk membuat lebih kesan dalam memerangkap bahan kimi berbahaya sebelum asap memasuki paru-paru perokok.

Profesor Chapman berkata, walaupun syarikat tembakau sudah secara sukarela menyenaraikan kandungan produk mereka di laman web, mereka turut mencatatkan bahan proses yang tidak dinamakan dan tidak wujud secara jelas atau tidak memberi kesan kepada produk yang dipasarkan.

Kenyataan bahan proses yang tidak dinamakan itu sekali gus membolehkan syarikat pembuat rokok menyembunyikan bahan kimia sebenar atau campuran lain yang digunakan untuk menghasilkan rokok.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube