Kongsi

One Arm Dumbbell Row

Otot Utama

Kepak (Lattisimus Dorsi), Mid-back

Otot Kedua

Bisep (Biceps), Pinggang Erector Spinae

Peralatan

Dumbbell, Bench

Jenis

Kompoun

Cara

Bermula dengan meletakkan lutut dan tangan di bangku. Pastikan meratakan belakang sama dengan lantai. Kaki satu lagi diletakkan di tempat yang baik untuk keseimbangan. Anda harus merasa berat pada kaki di bawah berbanding kaki di atas kerusi. Mulakan dengan kontrak otot punggung dan dayung berat sampai sisi anda. Jaga siku supaya hampir dengan badan. Jangan menggerakkan bahagian badan yang lain. Setelah tamat, boleh tukar ke sebelah lagi.

Tip

Adalah penting untuk tidak terlalu melentikkan badan bagi mengelakkkan kecederaan. Seeloknya kepala tetap memandang bawah supaya tidak memberi tekanan pada otot yang tidak sepatutnya. Model didalam gambar melihat ke hadapan untuk menghadap kamera sahaja. (Jangan ikut)

Bermula

Pertengahan

Pergerakan penuh