Kongsi

Body Weight Squat

Otot Utama

Peha Depan (Quadriceps)

Otot Kedua

Peha Belakang (Hamstring), Pinggang (Erector Spinae), Punggung (Glute)

Peralatan

Tiada

Jenis

Kompoun

Cara

Posisi kaki sama paras dengan bahu. Bermula dengan gerakan bengkokkan lutut. Tegakkan dada bila turun. Tonggekkan punggung. Lentikkan pinggang. Pastikan lutut tidak melebihi ibu jari kaki. Turun sehingga 90 darjah. Kemudian kembali ke atas. Tangan boleh diluruskan ke hadapan untuk keseimbangan.

Tip

Jika terasa seperti hendak jatuh ke hadapan, letakkan plate kecil di bawah tumit kaki. Ia adalah disebabkan tendon archilles yang pendek. Begitu juga jika melakukan squat menggunakan bebanan.

Bermula

Pertengahan

90 darjah