Kongsi

Deadlift

Otot Utama

Pinggang (Erector Spinae)

Otot Kedua

Punggung (Glutes), Bahu (Deltoid), lower back, upper back

Peralatan

Barbell

Jenis

Kompoun

Cara

Memegang barbell pada paras bahu atau sedikit lebar. Membongkok ke hadapan dan menurunkan badan ke bawah. Jaga lentikan badan, jangan membongkok ke bawah. Kaki dibengkokkan sedikit. Tangan di terbalik dan berbeza kiri dan kanan untuk tujuan keselamatan. Jika di posisi yang sama, ada kecenderungan memberi tekanan yang sama pada tulang vertebra jika terlalu berat. Turun dan angkat bebanan. Angkat sehingga badan lurus. Untuk yang lama, boleh dilebihkan sedikit untuk pergerakan penuh ke erector spinae walaupun secara amnya melanggar hukum sains sukan kerana menggerakkan banyak sendi pada sesuatu masa.

Tip

Paling penting untuk menjaga lentikan badan untuk mengelak kecederaan. Dapatkan rentak dahulu dengan beban yang ringan. Deadlift antara senaman paling bahaya dan perlu dibuat untuk menguatkan core.

Bermula

Berdiri tegak

Gerakan penuh