Diari Kekuatan 1 Oct02

Kongsi

Diari Kekuatan 1

Tujuan saya menulis diari ini adalah untuk menceritakan perjalanan saya dalam membina kekuatan untuk sukan Strongman. Saya ada jurnal dalam bentuk buku, akan tetapi selalu miss place. Saya kira, elok juga saya simpan di sini, sekurang-kurang ramai boleh baca dan mungkin ada yang dapat manfaat daripadanya.

Hari ini merupakan hari pertama saya berlatih setelah mengalami kecederaan di bahagian pattela. Saya telah berehat selama 9 hari. Sport Orthopedic Specialist telah mengesahkan saya mengalami kecederaan tahap ketiga yang memerlukan saya untuk memasukkan ubat melalui jarum ke dalam lutut. Saya memilih “option” kedua, iaitu melalui fisioterapi dan ubatan. Ubat dicadangkan doktor adalah glucosamine. Saya ubah ubat cadangan ke Kre-Celazine dan Fish Oil 10,000 mg sehari.

NASC 2015

Sasaran: 31 Disember 2014

Deadlift 1RM: 220kg
Squat 1RM: 180kg
Bench Press 1RM: 130kg
Overhead Press 1RM: 95kg

Saya mengambil kira faktor kecederaan, meletakkan sasaran agak rendah. Hari ini, rasa sakit di lutut mula berkurangan. Akan tetapi saya tidak berani memaksa lagi.

Latihan Hari 1:

Senaman Kardio di atas Treadmill 30 minit dengan kelajuan 5.5
Deadlift 70kg x 8 sets x 5 reps
Bodyweight Dip x 5 sets x 4 reps
Biceps Curl 25kg x 5 sets x 4 reps
Chest Press Machine 60kg x 8 sets x 8 reps

Minggu ini merupakan minggu pengenalan kembali, rehab daripada kecederaan. Minggu depan akan mulakan latihan yang dijadualkan.

Bersambung ke
Diari Kekuatan 2

Saya ketika pertandingan Badang Malaysia 2014.

Saya ketika pertandingan Badang Malaysia 2014.

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini