Diari Kekuatan 2 Oct04

Kongsi

Diari Kekuatan 2

Bersambung dari
Diari Kekuatan 1.

 

Masuk hari ke dua latihan. Hari kedua juga menggunakan Kre-Celazine dan Fish Oil dalam dos yang tinggi. Kesakitan di lutut tak dirasai. Cuma rasa tak selesa buat buat squat 80kg. Masih dalam tempoh rehab.Ada yang mesej saya tanya, bagaimana saya cedera? Sebulan yang lepas, saya terjatuh ketika rutin truck pull di pusingan pertama Singapore Strongman. Kebetulan tak pakai knee wrap pula. TT

NASC 2015

Latihan Hari 2:

Senaman Kardio di atas Treadmill 45 minit dengan kelajuan 6.0
Bench Press 80kg 5 sets x 10 reps
Squat 60kg 6 sets x 5 reps
Squat 80kg 2 sets x 5 reps
Pull up Bodyweight 5 sets x 5 reps

Selepas ini berehat sekejap untuk sambutan Hari Raya AidilAdha. Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua umat islam dan Selamat Bercuti pada yang lain.

Bersambung ke
Diari Kekuatan 3

Squat Heavy

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini