Diari Kekuatan 7

Lama tak kemaskini entri Diari Kekuatan di blog. Biasanya kemaskini diari di laman sosial di facebook. Baru-baru ini, ada yang tak puas hati dengan saya apabila saya kemaskini di laman sosial. Tak tahu apa masalah dia. Jadi saya pindah balik ke sini. :D.

Diari baru ini bermula bulan puasa ini. Bagaimana diet atau pemakanan saya di bulan puasa ini serta persiapan menghadapi pertandingan akan datang.

Sahur – Nasi 2 hidangan, Telur 3 biji, Ayam 2 hidangan, Hydrowhey daripada Mesotropin 2 hidangan, Prebiotik 1 biji, Membrane Shell Supplement untuk sendi 1 biji, vitamin C 1 hidangan.
Berbuka – Nasi 2 hidangan, Telur 3 biji, Ayam 2 hidangan, Hydrowhey daripada Mesotropin 2 hidangan.
Sebelum Senaman – M-sotropin 1 hidangan.
Selepas Senaman – Hidangan ringkas seperti pita 1 hidangan, Hydrowhey daripada Mesotropin 2 hidangan.

Perubahan tertakluk pada aktiviti harian. Jika keluar, corak mungkin berubah tetapi porsi tak jauh beza.

Gambar ketika saya melakukan axle deadlift 280kg di pertandingan Static Monster Singapore 2016 baru-baru ini.
Gambar ketika saya melakukan axle deadlift 280kg di pertandingan Static Monster Singapore 2016 baru-baru ini.

Kalori saya sangat rendah berbanding keperluan badan jika nak dikira. Jadi, jangan dijadikan pandungan sangat. Pada bulan puasa ini, selera makan dan masa makan agak kurang. Saya dapat rasakan, kalau makanan terlalu berat selepas senaman, saya tak bangun sahur. Jadi untuk elakkan, saya kurangkan sendikit makanan selepas senaman.

InsyAllah, saya sedang persiapkan diri untuk pertandingan Philippines Strongestman yang akan berlangsung di Manila pada 31 Julai ini. Saya akan masukkan bahagian latihan dalam entri seterusnya.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

3 thoughts on “Diari Kekuatan 7

  1. Slm. Slm ramadan. Tuan, patut ke saya rest workout sepanjang bulan puasa ni. Dan sambung balik lepas raya nanti. Sy seorang begginner. Baru workout 7 bulan. Adakah perlu start balik apa yang saya lakukan selama 7 bulan tu. Ke tidak digalakan tinggal workout bulan puasa ni.

    1. kita makan setiap hari, apa salahnya konsistan latihan. walaupun mungkin intensity tak sehebat bulan lain.

  2. Salam tuan
    Nak tanya. Kalau dlm bulan puasa ni. Saya workout sebelum berbuka.Intensiti latihan 70% mcm bulan biasa untuk strength training.so sebenarnya tenaga yg sya guna untuk melakukan traning tu dari mana dtg tu tuan..ada ka otot dipecahkan untuk mnjadi tenaga.. pemakanan saya pula lbh kurg macm tuan tp tolak supplement kecuali multivitamin dan fish oil.. boleh dpt kan pandangan tuan. Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: