Diet Di Pejabat Jun22

Kongsi

Diet Di Pejabat

Saya memahami masalah mereka yang memang tidak berkesempatan untuk masak atau mungkin tidak pandai memasak atau mungkin malas di pagi hari. Ye la, kerja bermula seawal jam 8 pagi. Kena keluar rumah jam 6.30 pagi jika bekerja di Kuala Lumpur. Jadi mau tak mau kena mencari makanan di luar. Mencari makanan di luar, apakah pilihan yang ada? Minyak, santan, gula dan sebagainya sebab itu sahaja yang menarik perhatian.

NASC 2015

Minum Pagi (10.00 Pagi)

Bukan sarapan, sempat atau tidak, sudah menjadi kewajipan untuk anda bersarapan di rumah. Sekurang-kurang kalau benar-benar tidak sempat, simpan lah roti dan susu rendah lemak di rumah. Dalam keadaan kelam kabut di awal pagi, dengan nak menghantar anak ke sekolah dan sebagainya, bawa roti sekali jika tidak sempat hendak mengunyah dan susu rendah lemak sekotak. Sarapan ketika sedang memandu. Berbalik kepada minum pagi, apa pilihan yang ada. Kebiasanya ada sedikit kueh, nasi lemak, mee goreng, nasi goreng dan yang sewaktu dengannya. Minum kopi O kosong dahulu. Kopi boleh membantu dalam mengawal selera makan. Kemudian pilih kueh yang tidak mengandungi santan, inti kelapa. Pilih yang tidak bergoreng jika ada. Jika benar-benar tiada pilihan, saya pilih karipap. Kandungan karbohidratnya agak tinggi sesuai dengan masa pengambilan.

Makan Tengahari (1.00 Petang)

Cuba cari kedai yang ada ikan atau ayam bakar. Jika tiada, cari kedai yang menggunakan minyak paling minimum. Jika terang-terang, ayam masak merah dengan minyak jelas berkilat-kilat, elakkan. Jika tiada pilihan ambillah ayam goreng, tetapi jika boleh perahkan dengan tisu sebelum makan. Ambil 1 menu ayam atau ikan, 1 menu ulam atau sayur, 1 nasi. Jangan minta air bergula. Air suam satu!. Air ais pun elakkan.

Minum Petang (4.00 Petang)

Pilihan tidak banyak, mungkin seperti minum pagi cuma kebiasaan banyak tambahan makanan berminyak seperti krepok lekor, pisang goreng. ‘ahhh, damn temptation‘. Sedap betul petang-petang makan pisang goreng cecah sambal, tetapi jangan makan, ingat anda sedang diet. Jika ada whey protein, ambil 1 hidangan disertaikan dengan buah-buahan. Biasanya senang cari buah petang-petang.

Latihan (6.00 Petang)

Kebiasaanya, bagi mereka yang bekerja, mereka akan berlatih selepas habis kerja. Bagaimana dengan anda?

Makan Malam (9.00 Malam)

Ketika ini biasanya sudah berada di rumah. Cuba makan sebersih mungkin. Siang dah makan agak tidak bersih. 1 menu ayam atau ikan, 1 menu sayur, mungkin brocolli, 1 menu nasi (beras basmathi).

Makan Tengah Malam (11.00 Malam)

Jika ada whey protein, ambil 1 hidangan berserta oat. Jika tiada ambil susu rendah lemak, yogurt atau beserta 1 hidangan berprotein tinggi, mungkin 1 bahagian dada ayam.

Bagi yang berkemampuan, boleh gantikan menu dengan subway. Subway antara pilihan terbaik untuk diet. Tetapi jangan dirosakkan dengan menambah mayonise dan yang sewaktu dengannya. Bagi ahli bina badan, jangan mencari alasan, cuba cari masa untuk masak. Antara cara yang boleh digunakan adalah masak pada waktu malam dan panaskan sebelum ke tempat kerja dan bawa bekal. Bagi lelaki atau perempuan yang berdiet untuk kuruskan badan, sebenarnya tiada alasan juga untuk tidak menyediakan makanan sebelum ke tempat kerja tetapi boleh lagi dimaafkan. Mungkin hari itu benar-benar terlambat bangun. Mereka yang berjaya tidak memberi alasan.

(saiz makanan setiap orang mungkin berbeza. Buat kiraan dahulu sebelum memulakan diet)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini