Diet Di Pejabat

Saya memahami masalah mereka yang memang tidak berkesempatan untuk masak atau mungkin tidak pandai memasak atau mungkin malas di pagi hari. Ye la, kerja bermula seawal jam 8 pagi. Kena keluar rumah jam 6.30 pagi jika bekerja di Kuala Lumpur. Jadi mau tak mau kena mencari makanan di luar. Mencari makanan di luar, apakah pilihan yang ada? Minyak, santan, gula dan sebagainya sebab itu sahaja yang menarik perhatian.

Kursus Kecergasan 2024

Minum Pagi (10.00 Pagi)

Bukan sarapan, sempat atau tidak, sudah menjadi kewajipan untuk anda bersarapan di rumah. Sekurang-kurang kalau benar-benar tidak sempat, simpan lah roti dan susu rendah lemak di rumah. Dalam keadaan kelam kabut di awal pagi, dengan nak menghantar anak ke sekolah dan sebagainya, bawa roti sekali jika tidak sempat hendak mengunyah dan susu rendah lemak sekotak. Sarapan ketika sedang memandu. Berbalik kepada minum pagi, apa pilihan yang ada. Kebiasanya ada sedikit kueh, nasi lemak, mee goreng, nasi goreng dan yang sewaktu dengannya. Minum kopi O kosong dahulu. Kopi boleh membantu dalam mengawal selera makan. Kemudian pilih kueh yang tidak mengandungi santan, inti kelapa. Pilih yang tidak bergoreng jika ada. Jika benar-benar tiada pilihan, saya pilih karipap. Kandungan karbohidratnya agak tinggi sesuai dengan masa pengambilan.

Makan Tengahari (1.00 Petang)

Cuba cari kedai yang ada ikan atau ayam bakar. Jika tiada, cari kedai yang menggunakan minyak paling minimum. Jika terang-terang, ayam masak merah dengan minyak jelas berkilat-kilat, elakkan. Jika tiada pilihan ambillah ayam goreng, tetapi jika boleh perahkan dengan tisu sebelum makan. Ambil 1 menu ayam atau ikan, 1 menu ulam atau sayur, 1 nasi. Jangan minta air bergula. Air suam satu!. Air ais pun elakkan.

Minum Petang (4.00 Petang)

Pilihan tidak banyak, mungkin seperti minum pagi cuma kebiasaan banyak tambahan makanan berminyak seperti krepok lekor, pisang goreng. ‘ahhh, damn temptation‘. Sedap betul petang-petang makan pisang goreng cecah sambal, tetapi jangan makan, ingat anda sedang diet. Jika ada whey protein, ambil 1 hidangan disertaikan dengan buah-buahan. Biasanya senang cari buah petang-petang.

Latihan (6.00 Petang)

Kebiasaanya, bagi mereka yang bekerja, mereka akan berlatih selepas habis kerja. Bagaimana dengan anda?

Makan Malam (9.00 Malam)

Ketika ini biasanya sudah berada di rumah. Cuba makan sebersih mungkin. Siang dah makan agak tidak bersih. 1 menu ayam atau ikan, 1 menu sayur, mungkin brocolli, 1 menu nasi (beras basmathi).

Makan Tengah Malam (11.00 Malam)

Jika ada whey protein, ambil 1 hidangan berserta oat. Jika tiada ambil susu rendah lemak, yogurt atau beserta 1 hidangan berprotein tinggi, mungkin 1 bahagian dada ayam.

Bagi yang berkemampuan, boleh gantikan menu dengan subway. Subway antara pilihan terbaik untuk diet. Tetapi jangan dirosakkan dengan menambah mayonise dan yang sewaktu dengannya. Bagi ahli bina badan, jangan mencari alasan, cuba cari masa untuk masak. Antara cara yang boleh digunakan adalah masak pada waktu malam dan panaskan sebelum ke tempat kerja dan bawa bekal. Bagi lelaki atau perempuan yang berdiet untuk kuruskan badan, sebenarnya tiada alasan juga untuk tidak menyediakan makanan sebelum ke tempat kerja tetapi boleh lagi dimaafkan. Mungkin hari itu benar-benar terlambat bangun. Mereka yang berjaya tidak memberi alasan.

(saiz makanan setiap orang mungkin berbeza. Buat kiraan dahulu sebelum memulakan diet)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

34 thoughts on “Diet Di Pejabat

    1. tu pasal menkedarah carbo byk sgt, tu ngantuk lain mcm bila insulin dah spike, gula xde dlm darah. tenaga xde

      1. anip- sama says:

        sy selalu macam tu lebih2 lagi lepas lunch hour., jadi elakkan ambil carb yg banyak waktu lunch ek?

  1. saya minum protein pagi2. yg lain main blasah je. kambing separuh pinggan, nasi, segala macam semua bantai. LOL
    cuma x minum air bergula, dan minum air suam sepanjang hari
    tapi setiap malam bersenam cut balik kalori yg dihentam (kononnya)
    i know that’s not healthy :p bila time ‘cutting’ nanti baru jaga diet seimbang

    1. kalau buat dirty bulk ni payah nak potong nanti. tp kalau dah biasa buat size cut camtu, no komen la, pasal ada gak kebaikan dia. tenaga berlebihan, mampu train seberat mungkin. time dirty bulk boleh buat squat 350 kg. :p

        1. bulk kalau makan merapu, naik skali ngan lemak2. clean bulk, lebih kepada naik otot, jd senang nak diet nanti

  2. apa maksud ‘cutting’ sebenarnya..? saya baru ikut blog ni sebenarnya.. terima kasih blog best..!

    1. pendek kata ada 2 phase dlm membina, phase pertama sizing=membesarkan badan, phase kedua, cutting=buat shape badan, time ni la nak dptkan sixpack dll.

      1. ohh ada tak entri tentang proses sizing ke cutting dato..? terima kasih sebab berkongsi ilmu.

  3. Tuan, kenapa perlu ada whey protein atau protein tinggi ye? Apa kebaikan protein dalam kita berdiet?

    1. x semestinya kena ada whey protein, cuma bg mereka yg x cukup n dah x boleh sumbat natural protein. protein diperlukan utk membaik pulih otot, utk menjaga otot, tumbesaran.

  4. nnt nk mintak dato buat satu entry mengenai bulan puasa..cara pemakanan dan latihan kardio/bebenan dibulan puasa..lagi pun bulan dah dkt ni

    1. bulan puasa insyAllah coming soon. x bleh kluar awal sgt, kang dekat puasa, ada lg yg bertanya, rasanya masa terbaik btul2 dekat puasa nanti.

  5. hehe..tkt nnt hilang muscle di bulan ramadhan nnt

    1. hilang tu tetap ada kemungkinan. cuma nak mengurangkan kehilangan. bila puasa tumpu kat puasa. beribadat. 🙂

      1. klu mcm tu sblm puasa ni bina otot banyak2,pastu nnt bila bln puasa plk buat utk bakar lemak pulak

  6. emm..nak taye, diet budak sekola xde ke..???.means yg blaja duk rmh sewa ..??..ssh jgak…huhuhuhu……

      1. sangat-sangat setuju dato buat diet untuk student =)

  7. Kalau kita buat dirty bulk, bila nk buat cutting, adakah lemak2 di badan kita tu membantu dalam pembinaan otot??

  8. suka minum air ais.kan sejuk.tp mana lg bagus, air suhu biasa,air suam,air sejuk biasa atau air ais yg betul2 sejuk??

    1. air ais jgn, air sejuk ok lg. seeloknya time training, 2-4 darjah celcius

  9. tuan, adakah weight gain protin boleh menyebabkan bdn sebu? sbb masa size clean diet??

  10. Salam dato…nk tny

    1. Sy ad tgk show dr. Oz. dia ckp minum air ais bagus sbb bdn burn more calori. Cmne tu??
    2. Klu subway biasa dia letak cheese. Cheese bgs ke?? Ke nk kna ckp xnk cheese??
    3. Blog dato da berubah byk. Dlu entri2 baru smua ad list kat sblh kanan. Cmne nk chek entri baru?? Dlu sy ad baca entri dato pasal kalori dlm makanan. Dato ad buat list. Sy try cari xjmp. Klu blh tlg ltak link. Sbb ssh nk chek kalori makanan melayu ni

  11. Salam Dato’

    Saya mmg seorang yang bekerja ofis.. utk beberapa bulan lepas.. barulah sy sedar tntang kepentingan diet utk bulking, sbb sebelum ni sy sgt bergantung kepada supplement seperti whey, weight gainer, bcaa dan mcm2 lagi.. mmglah agak susah utk masak dan bawak bekal.. tapi alhamdullilah.. sy bangun awal2 pagi dan masak.. dibawah adalah contoh makanan sy utk sehari. mohon komen dari dato’:

    6.00 pagi bangun subuh: 1-1 setengah scoop whey protein
    8.00 pagi: bawak bekal scramble egg telur putih atau telur masak penuh 4 bijik, + roti wheatmeal 2 slice+ peanut butter
    10.00 pagi: beli di kedai koperasi full cream milk+ roti tuna/roti sardin
    12.45: makan 200 gram dada ayam grill + kentang rebus 2 bijik (prepare dari rumah)
    3.30-4.00 petang: sekotak susu+ roti gardenia jagung/ikan bilis
    8.00 malam: selepas bersenam, sy ambik whey protein 1 setengah scoop
    9.30 malam: makan tuna dalam air mineral + bawang+cili+ perahan lemon dan kacang peas sebagai sumber karbo.

    mmg agak boring, resipi sy pon xberubah2 selama beberapa bulan nih.. tp sygnye.. wiken sy mmg cheat betul pemakanan saya.. tpi protein source tu mmg ada.. so far dalam masa 6 bulan nih sy dapat menambah berat sebanyak 5 kg.. xdelah banyak.. tpi ade progress

    1. makanan agak clean. kalau 6 bulan 5kg mmg akan kurang. tp still ada improvement. cuma nasihat sy, jgn stick pada 1 kalori yg sama utk tempoh yg lama. perlu ada penambahan.

  12. Do you mind if I quote a couple of your articles as long
    as I provide credit and sources back to your blog? My blog is in the
    very same niche as yours and my visitors would truly benefit from a lot of the information you present here.
    Please let me know if this okay with you. Many thanks!

  13. Senang puase je la utk office mate tu. Kalau tak keje makan je la.

Leave a Reply to ina Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: