Diet Ibu Menyusu Jun01

Kongsi

Diet Ibu Menyusu

Seorang ibu yang menyusukan anak menghasilkan secara purata 700 hingga 800 mililiter susu setiap hari yang mana mengandungi kira-kira 300 miligram kalsium untuk setiap liter. Penghasilan ini memerlukan pengeluaran tenaga tambahan sekurang-kurang 500 kalori sehari. Pemakanan yang seimbang penting bagi ibu yang menyusukan anak. Jadi secara kesimpulannya, perbezaan antara diet perempuan yang tidak menyusukan anak dan yang menyusukan anak adalah lebihan 500 kalori.

NASC 2015

Kualiti susu yang dihasilkan bergantung pada pengambilan jenis makanan manakala jumlah susu bergantung pada diet ibu. Makanan yang diserap bukan hanya untuk kegunaan sendiri tetapi juga untuk penghasilan susu.

Asas Diet

Tingkatkan pengambilan air sehingga mencampai 2.5 hingga 3 liter air sehari. Tetapi jangan berlebihan. Terlalu banyak cecair juga boleh mengurangkan pengeluaran susu. Cara kiraan keperluan kalori menggunakan cara sama tetapi ada penambahan 500 kalori tambahan. Sebagai contoh, jika memerlukan 2000 kalori, maka perlu tambah sehingga 2500 kalori.

Perlu diingatkan, ibu menyusu banyak tergoda dengan benda manis. Tukarkan ke menu sihat. Boleh menggunakan cara mudah, 40 peratus karbohidrat, 40 peratus protein dan 20 peratus lemak yang baik. Seperti diet biasa, bahagikan kepada 6 hingga 8 menu sehari. Untuk penghasilan susu yang teratur, pemakanan pun perlu teratur.

Jauhi tembakau. Nikotin akan terus ke bayi melalui penyusuan. Jangan mengambil ubat tanpa rundingan dengan doktor terlebih dahulu. Kebanyakan antibiotik, ubat sulfa, ubat kimia dan produk yang mengandungi iodin adalah kontraindikasi apabila anda menyusui. Vitamin yang benar-benar kurang dalam perempuan mengandung adalah vitamin B9 dan ada sesetengah mungkin B6. Selain itu, asid folik juga penting. Asid folik boleh ditemui dalam makanan seperti asparagus, kubis, jagung, bayam dan lain-lain.

Ambil tambahan zink sekurang-kurang 15 hingga 20 miligram sehari. Zink boleh ditemui dalam makanan seperti telur, daging, gandum dan oat. Mengambil sehingga 1200 miligram kalsium sehari. Kalsium boleh didapati daripada produk susu, sayur-sayuran, almond, hazelnut.

Turun Berat Badan

Kajian menunjukkan bahawa ibu menyusu cenderung untuk kehilangan sehingga 1.5 lbs berat badan dalam masa sebulan untuk 4 hingga 6 bulan penyusuan tanpa senaman jika pemakanan betul. Mereka yang bertambah berat disebabkan cenderung mengambil makanan manis berlebihan. Mereka yang merancang menurunkan berat badan dalam tempoh penyusuan tidak digalakkan turun terlalu cepat pada peringkat awal penyusuan, satu hingga tiga bulan pertama.

Senaman

Ibu menyusu boleh bersenam cara biasa. Tetapi tidak drastik selepas bersalin. Aktiviti perlu ditingkat sedikit demi sedikit. Jangan mengharapkan kehilangan lemak dalam jangka masa 2 minggu selepas bersalin.

Mengandung

Bagi mereka yang sedang mengandung, seeloknya program penjagaan badan bermula ketika mengandung. Program-program senaman ibu mengandung berbeza mengikut trimester. Pemakanan juga berbeza mengikut trimester. Dapatkan nasihat pakar sebelum memulakan program ketika mengandung. Saya akan cuba masukkan entri berkenaan jenis latihan dan diet untuk ibu mengandung di masa hadapan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini