Diet Vegetarian Sep05

Kongsi

Diet Vegetarian

Bagaimana pula dengan seorang vegetarian? Saya tidak pernah menyentuh topik vegetarian sebelum ini tetapi saya difahamkan ada beberapa pembaca vegetarian disini. Apakah pemilihan makanan yang sesuai? Mereka tidak boleh mengambil sumber protein daripada haiwan. Adakah seorang vegetarian boleh diet dan membina otot?

Seorang vegetarian cenderung untuk gemuk. Kenapa? Mereka lebih cenderung makan daripada sumber karbohidrat yang mana ianya lebih murah dan senang didapati. Kebanyakan orang menganggap seorang vegetarian ini lemah tetapi bukti menunjukkan gladiator rom yang kuat adalah seorang vegetarian. Carl Lewis juga seorang vegetarian ketika memenangi pingat emas olimpiknya. Malah terdapat juga ahli bina badan dan angkat berat yang merupakan seorang vegetarian. Berbalik kembali pada pelan pemakanannya dan latihan yang dilakukan.

NASC 2015

Nutrisi

Sumber karbohidratnya sama seperti biasa iaitu nasi, oat, broccoli, bayam, buah dan sebagainya. Sumber proteinnya sahaja yang berbeza. Terdapat pelbagai sumber protein daripada tumbuhan termasuk tofu, tempe, kekacang, kacang kuda, almond, peanut butter, soya dan sebagainya. Jangan terlalu bergantung pada makanan proses atau makanan tambahan dalam membentuk badan. Kelemahan hanya terikat pada sumber tumbuhan ini adalah satu jenis tumbuhan mungkin tidak mengandungi kesemua zat atau protein yang diperlukan. Jadi ianya perlu dicampur. Terdapat vegetarian yang boleh makan telur putih dan ada yang hanya mengambil tumbuhan. Telur putih antara sumber protein yang baik untuk pembinaan otot.

Kalori

Kebanyakan vegetarian berdepan dengan masalah mencukupkan keperluan kalori disebabkan kebanyakan sumber tumbuhan rendah kalori. Jika menyasarkan membesarkan badan mungkin agak sukar. Kebanyakan terpaksa mengambil protein tambahan soya untuk melengkap keperluan nutrisinya. Di Malaysia, antara snek mudah yang boleh dikunyah di mana-mana adalah kacang kuda dan tempe. Boleh didapati hampir di merata tempat.

Sumber B12 antara yang perlu dititik beratkan kerana sumber ini sukar didapati daripada tumbuhan. Jika perlu, dapatkan suplemen vitamin B atau multivitamin tambahan. Selain B12, sumber zat besi juga sangat diperlukan. Sumber zat besi banyak dalam daging merah. Zat besi diperlukan untuk pembangunan sel darah merah. Jika perlu, dapatkan daripada sumber luar. Bagi mereka yang aktif bersenam, saya nasihatkan dapatkan daripada makanan tambahan.

Lebihkan pengambilan broccoli dan bayam. Kedua-dua ini termasuk dalam kategori super food yang mengandungi pelbagai jenis nutrisi yang diperlukan. Dalam masa menjaga pemakanan, awasi peratus lemak badan. Terdapat kemungkinan kehilangan otot berikutan kalori terlalu rendah.

Latihan

Bagaimana dengan latihan? Latihan tidak jadi satu isu besar kerana seorang vegetarian boleh melakukan latihan yang serupa dengan mereka yang lain.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini