Diet Dec29

Kongsi

Diet

Setiap hari saya dapat email bertanyakan, nak makan apa? Macam mana cara diet yang berkesan? Adakah perlu makan nasi? Makan coklat boleh gemok tak? Puasa boleh kurus ke? Jadi, apa sebenarnya patut kita makan? Berapa banyak? Berapa kali sehari?

Jangan Terlalu Ketat

Kebanyakan orang saya lihat, terlalu ketat dalam pemakanan seharian ketika berdiet. Bila kita terlalu ketat dan drastik dalam diet, percayalah satu hari nanti kita akan kembali kepada tabiat makan yang asal. Ini apa yang kita panggil Abstainence-Violation Effect yang mana perlu dielakkan. Ada yang sampai sanggup tak makan bila berada dalam 1 situasi di mana susah nak dapatkan makanan yang benar-benar sihat.

Diet sebenarnya mudah, yang menjadikannya susah sebenarnya kita sendiri. Lemak terbina bila mana kita makan kalori berlebihan yang mana akan disimpan dalam bentuk tisu-tisu adipos. Cara yang sesuai untuk bakar lemak itu adalah menerusi senaman dan diet yang sesuai akan meningkatkan lagi pembakaran lemak

Adakah karbohidrat itu perlu dielakkan?

Sering kali saya dengar, karbohidrat itu jahat, jangan dekat. :p. Kebanyakan dari kita dah di set kan dalam minda bahawa memakan karbohidrat boleh menyebabkan gemuk. Betul, jika kita makan banyak makanan tinggi glycemic index (GI), Apa itu GI? GI menunjukkan ranking jumlah glukosa dalam darah selepas suatu karbohidrat diproses dalam badan. Tinggi GI menunjukkan tinggi jumlah glukosa dalam darah yang mana akan menyebabkan insulin dirembeskan berlebihan. Insulin memainkan peranan penting dalam anabolic dimana meningkatka simpanan glycogen, simpanan protein dan juga simpanan lemak. Studi menunjukkan bahawa makan makanan yang rendah GI menyebabkan seseorang itu kurang lemak.

Karbohidrat GI Tinggi

Karbohidrat yang tinggi GI adalah makanan yang tinggi kandungan gula atau kanji. Contohnya seperti roti putih, kentang, nasi, popcorn. Karbohirat rendah GI kaya dengan serat. Contoh, hampir semua jenis sayur dan buah, kecuali karot. Buah tinggi kandungan fructosa tapi rendah kandungan glukosa. Badan kita tidak boleh menghadam serat tetapi boleh dipecahkan dalam usus besar oleh bakteria flora. Apa kegunaannya? Digunakan untuk proses karbon dioksida, alkohol atau asid organik

Serat

Ada 2 jenis serat, serat larut air dan serat tidak larut air. Serat larut air senang dihuraikan berbanding serat tidak larut air. Serat larut air memperlahankan kehadiran glukosa dalam darah melalui kelikatannya. Kelikatan serat larut air melambatkan tempoh transit barang makanan dalam saluran penghadaman bahagian atas dan meredahkan kadar penyerapan zat. Keadaan ini menyebabkan penumpuan darah membawa micronutrient membawa tenaga yang lebih rendah. Antara sumber-sumber serat seperti tembikai, oat, psilium, gandum, roti serat.

Makan Lemak

Lemak tidak sepatutnya dielakkan. Lemak adalah sumber tenaga yang paling tinggi dalam macronutrient. Lemak paling penting dalam diet. Diet tinggi lemak tepu sepatutnya dielakkan. Lemak tepu menyimpan enzim-enzim lipolytic tidak aktif yang mana boleh meningkatkan simpanan lemak di badan apatah lagi meningkatkan risiko-risiko penyakit seperti sakit jantung dan lain-lain yang disebabkan asid-asid lemak yang tinggi dalam badan. Lemak tepu dihasilka melalui penghidrogenan yang mengeraskan minyak (lemak tidak tepu). Antaranya seperti marjerin, biskut-biskut dan kebanyakan makanan ringan. Lemak tidak tepu, lemak mono dan poli tak tepu ialah minyak dan kedua-dua adalah sumber lemak yang sihat jika diambil secara tidak berlebihan. Benda baik jika diambil banyak pun jadi tak baik. Banyak lemak tak tepu diperlukan oleh badan kita dan badan kita tidak boleh menghasilkannya. Tanpa kehadiran lemak tak tepu ini, badan tidak boleh menjalankan fungsi-fungsi normalnya. Antara sumber lemak tak tepu adalah seperti minyak zaiton, flexseed oil, minyak jagung, minyak kacang soya, salmon, tuna, ikan kod, kacang walnut, kacang tanah, minyak bunga matahari.

Protein

Protein adalah satu-satunya makronutrien yang mempunyai RDA, Recommended Daily Allowance iaitu 0.8g protein/kg berat badan.Kebanyakan studi mengatakan bahawa atlet dan mereka yang bekerja berat boleh mendapatkan lebihan protein. Protein boleh disimpan sebagai lemak bila mana pengambilan lemak dan karbohidrat berlebihan. Pengambilan protein yang tinggi juga memerlukan pengambilan air yang tinggi supaya buah pinggang dapat bekerja dengan effisian. Pengambilan protein yang berkualiti penting, bukan setakat tengok di label seperti label ‘maggi’ terdapat protein, maka kita kata makan protein. :D. Ada 9 asid amino penting yang kita perlu dapatkan daripada makanan. Sumber-sumber protein yang berkualiti seperti daging, ikan, ayam, telur. Protein juga boleh didapati daripada bijirin.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube