Diploma Exercise Science

Aktiviti senaman telah berkembang sejak beberapa dekad yang lalu dan definisi senaman telah berubah mengikut peredaran masa. Senaman juga didefinisikan sebagai pergerakan terancang dengan dos betul. Senaman telah mengambil cara saintifik dan didokumentasi sejak beberapa tahun sehingga memperkukuhkan bahawa senaman adalah satu bidang sains.

Pergerakan Terancangan Dengan Dos Yang Betul.

Pergerakan terancang = Pergerakan ini mempunyai vektor (arah dan daya);
Dos yang betul = Pergerakan ini mempunyai intensiti khusus untuk individu.

Pergerakan yang sesuai memerlukan kawalan, pengawasan dan bimbingan dan intensiti yang telah ditetapkan melalui ujian penilaian bagi mencetuskan perubahan kepada tubuh badan daripada pergerakan yang dipanggil adaptasi (penyesuaian). Adaptasi daripada senaman adalah khusus : perubahan kepada badan adalah mengikut intensiti pegerakan. Kebaikannya ialah:
i) membantu mengurangkan tekanan
ii) membina otot
iii) meningkatkan kardio-vascular/stamina
iv) membina tulang yang lebih kuat
v) mengurangkan lemak badan
vii) untuk menyelaraskan musculo-skeletal dan fleksibiliti

Pada tahun 2010 baru baru ini, fracternity perubatan telah menasihati pesakit untuk menjalankan senaman untuk meningkatkan komponen di atas bagi mengelakkan penyakit tidak berjangkit contohnya, kencing manis, darah tinggi, obesiti, tekanan dan penyakit lain yang tidak berjangkit serta menjalani kehidupan yang lebih berkualiti. Masalah akan timbul di sini apabila banyak tenaga pengajar atau jurulatih yang tidak terlatih/ tiada sijil kelayakan mengambil pelanggan yang mempunyai penyakit (pesakit dirujuk oleh doktor) kerana mereka hanya dilatih untuk mengajar dan mengarahkan orang yang sihat untuk bersenam.

A.C.E.S.M. (www.acesm.edu.my) telah mengambil cabaran ini untuk mengajar dan melatih pelajar lulus dengan Diploma Sains Senaman dan digelar sebagai AHLI TERAPI SENAMAN mengajar senaman untuk merawat pesakit yang telah dirujuk oleh doktor dan juga orang yang sihat.

ACESM

Latihan atau senaman telah mengambil peranan yang besar kepada perubatan pencegahan selama bertahun-tahun dan kini telah diterima sebagai protokol rawatan. Kementerian Kesihatan telah mengambil senaman sebagai preskripsi untuk merawat penyakit-penyakit berikut:
1) Tekanan Darah Tinggi
2) Diabetes
3) Obesiti
4) Dyslipidaemia

Berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang kecergasan? Jom sertai Asia College of Exercise and Sport Medicine (A.C.E.S.M.). Dapatkan Diploma Perubatan Senaman. A.C.E.S.M. adalah satu-satunya kolej yang menawarkan Diploma Sains Senaman. Buat masa ini, kami hanya menawarkan program sepenuh masa.

Tempoh Pembelajaran selama 2 tahun setengah dengan 30 peratus teori dan 70 peratus praktikal. Kolej ini bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan melalui program Persenam atau Perubatan Melalui Senaman. A.C.E.S.M. juga bekerjasama dengan Semmelweis University, Hungary menjadikan peluang anda sambung belajar di sana tinggi untuk peringkat lebih tinggi. Buat masa ini, A.C.E.S.M. cuma menawarkan program Diploma dan akan dilanjutkan ke program Degree pada masa depan. Peluang pekerjaan dijamin.
Kami juga akan membantu anda dapatkan pinjaman PTPTN jika perlu. Jika anda daripada Sabah dan Sarawak, kos penerbangan akan ditanggung oleh pihak kolej. Buat masa ini, kolej bertempat di Setia Alam. Kolej utama di Sg. Siput masih dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2016.

Melalui Kos ini, graduan akan bergelar:

i) Diploma : Exercise Therapist
ii) Bachelor Degree : Exercise Trainer
iii) Master Degree : Exercise Specialist
iv) Ph.D. : Doctor in Exercise Medicine

Berita baik untuk mereka yang mendaftar tahun ini, Parti Gerakan Perak bersetuju mengeluarkan Biasiswa bernilai 25 ribu yang akan diberikan dalam bentuk wang saku setiap bulan, rm 300, belanja penginapan dan juga pengangkutan dalam bentuk basikal yang akan diberi pada setiap pelajar. Yuran pengajian berasingan.

Persoalan Umum

1. Adakah ia diiktiraf di Malaysia?

Ya. Kami ada Akredasi LAN.

2. Adakah terdapat pinjaman atau biasiswa?

Jika perlukan bantuan PTPTN, pihak kolej akan uruskan. Manakala biasiswa lain bergantung pada syarat-syarat tertentu. Biasiswa daripada Parti Gerakan Perak akan diberikan pada 100 pelajar pertama pada tahun 2014.

3. Apakah peluang pekerjaan yang ada?

Sesiapa yang tamat belajar akan ditawarkan bekerja dengan N.A.F.I. atau Klinik 1 Malaysia di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Peluang-peluang lain di luar terlalu banyak seperti menjadi jurulatih, tenaga pengajar kecergasan dan sebagainya.

4. Syarat kemasukan?

Kredit Sains dalam Sijil Pelajaran Malaysia, Lulus Bahasa Melayu dan English. Atau, tahap 3 Kursus Kecergasan / Jurulatih Sukan.

ACESM Diploma April

 

Share This
error: