Duduk Atas Dompet

Jangan duduk atas dompet anda. Kekadang benda remeh sebegini kita tak perhatikan. Posisi yang tidak betul untuk satu jangka masa lama boleh menghasilkan ketidakseimbangan otot dan postur badan. Sebagai contoh, duduk di atas dompet atau apa sahaja yang menyebabkan badan menyenget.

Kursus Kecergasan 2024Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki. Duduk di atas dompet untuk satu jangka masa yang lama, biasanya berlaku pada mereka yang bekerja di pejabat, berkemungkinan memampatkan sarat sciatic, berdekatan otot piriformis dan membawa kepada sindrom piriformis, sakit belakang melibatkan sciatica.

Dompet bertindak sebagai bacu yang memaksa pelvis, tulang belakang dan badan bergerak. Sesiapa yang memandu lebih daripada 30 minit dengan duduk di atas dompet adalah calon seterusnya kena sciatica.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

18 thoughts on “Duduk Atas Dompet

  1. lol…xtau pon..huhu… masih bley dcegah sbg langkah awal..
    wlaupon nmpk remeh tp perlu diambil berat..thx dato..
    xsabar nk tggu entri tbaru yg akn dtg

  2. personal traner says:

    infomation yg sgt berguna

  3. semakin tebal dompet semakin tinggi risiko tue,, hehe

  4. suka letak dompet kt poket kiri atau kanan

  5. dato..ada tak cara untuk memperbaiki postur badan..contohnya badan yg kelihatan melengkung atau membongkok ketika duduk, boleh tak dibaiki?

    1. ada cara. antara yg mudah berjumpa therapist atau tukang urut sebenar (bukan geli) yg tau buat, atau orthopedic, dll
      kes yg dah lama, mungkin akan amik masa utk betulkan. jgn harapkan sekali buat terus elok. bila postur dah betul, kena kuatkan kembali otot2 terlibat.

      1. Muhammad Maulid says:

        Boleh tolong rekemen tukang urut yg ok tak? Dah 3 bulan saya pergi urut tak ok2 jugak. Pergi jumpa chiropractor pun sama jugak (sampai boleh duduk aras dompet sebab dah kosong)

        1. kalau suruh suggest, elok sy suggest diri saya. 😀 utk area kl
          kalau ipoh, dr arvind
          kalau jb, bahagia

          1. Muhammad Maulid says:

            Ok, saya nak buat appointment

  6. muhd ahmad says:

    info baik terima kasih Dato….nasib saya da x amalkan sebegini…dulu ye…

  7. hehehhe great 1,mula dri hari ini kena letak dompet kat poket depan bila duduk…kena dompet yg panjang lagi tu….

  8. Muhammad Maulid says:

    Nak lagi power letak Samsung Galaxy Note kat poket belakang lepas tu duduk

  9. Assalamualikum tuan rumah.. saya ada 1 masalah, sya ada lakukan exercise ikut Brandon Carter punyaa style, alhamdulillah dah menampakkan hasil dari perut yang memboyot ni happy walaupon baru ada 1 pack. tetapi baru saya perasan otot dia sebelah kanan sedikit besar dari yang kiri,apa nak buat yaa tuan rumah. mintak maaf sebab lari topik.

  10. nasib baik dompet aku letak kat poket tepi

Leave a Reply to Muhammad Maulid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: