Elevation Training Mask Mar07

Kongsi

Elevation Training Mask

Topeng apa saya pakai dalam latihan-latihan saya sejak kebelakangan ini? Topeng ini dipanggil “elevation training mask‘. Daripada konsepnya, seorang atlet yang menggunakan stamina tidak menjadi lebih hebat dengan menambah masa latihan akan tetapi, adalah intensiti latihan. Latihan yang memberi tekanan positif meningkatkan prestasi seseorang. Elevation training mask ini melimitkan kemasukan udara di mana memaksa meningkatkan keupayaan badan seseorang untuk memproses oksigen.Topeng Latihan

 

Salah satu latihan yang biasa dibuat oleh atlet prestasi tinggi adalah dengan berlatih di satu tempat yang tinggi. Agak sukar bagi kebanyakan orang untuk berlatih di kawasan tinggi. Jadi topeng ini direka untuk seseorang merasai kesan latihan altitude tinggi tanpa perlu mendaki gunung. Kesannya ‘dikatakan’ boleh mengurangkan masa sebanyak 2 per 3 daripada masa yang biasa digunakan.

Kesan-Elevation-Training-Mask

Kajian keberkesanan topeng ini belum menyeluruh tapi boleh dijadikan alternative untuk latihan anda. Sesuai untuk kebanyakan sukan seperti combat sport, strongman dan sebagainya. Ada banyak juga kajian bertentangan. Ada yang kata latihan altitude tinggi tidak baik dan sebagainya.

NASC 2015

Kajian Klinikal
http://www.trainingmask.com/the-science/

Kajian Bertentangan
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16338719

Adakah ia benar-benar berkesan? Saya masih dalam proses mencuba. Dalam masa sebulan saya bagitau.

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini