F.I.T.

“Ada yang bersumpah dah jaga makan, jaga kemasukan gula, garam dan minyak, dah bersenam setiap hari, dah masuk gym 5 bintang, dah ambil pelbagai jenis makanan tambahan tetapi masih tidak mendatangkan hasil”

Kursus Kecergasan 2024
Bagaimana caranya? Perkara pertama sekali periksa kembali pemakanan. Ramai yang kata dah jaga, tetapi kemasukan kalori terlalu rendah. Ada yang kata dah jaga, tetapi tiada kemasukan lemak (lemak baik), ada yang kata dah jaga tetapi garam terlalu rendah menyebabkan elektrolit terlalu rendah sehingga tak bertenaga untuk angkat lebihan bebanan dan sebagainya. Hari ini saya taknak bercerita tentang makanan, saya nak bercerita tentang latihan.

Tahukah anda, jika badan anda boleh bercakap, silap-silap ada otot yang cakap, ‘aduh, bosannya, hari-hari benda sama‘. Kebanyakan orang melakukan benda sama setiap hari. Apa yang dia lakukan hari ini sama dengan apa yang dilakukan 3 bulan nanti. Sama juga dalam pemakanan, setiap hari makan benda sama. Badan akan cepat menyesuaikan diri dengan apa yang diberi setiap hari. Badan dah tak hairan lagi dengan latihan itu.

Perubahan mudah dalam senaman adalah menurut prinsip F.I.T. Apa itu F.I.T.?

F = Frequency (Kekerapan)
I = Intensity (Intensiti)
T = Time (Masa)

Cara paling mudah adalah ubah salah satu daripada 3 itu. Sekurangnya-kurang ubah setiap 2 hingga 4 minggu bergantung pada jenis latihan dan sasaran. Mungkin berbeza untuk setiap orang, berbeza juga untuk atlet.

Sebagai contoh, jika minggu ini berlatih latihan bebanan 6 kali seminggu, minggu seterusnya mungkin boleh ubah, 1 hari masukkan latihan kardio, atau ubah masa rehat. Manakala intensiti latihan boleh diubah berdasarkan bebanan, jika hari ini buat squat 100kg, tambahkan la beban itu sedikit demi sedikit. Jangan hanya buat beban sama selama setahun. Intensiti tidak bermaksud bebanan sahaja. Intensiti latihan kardio berdasarkan sasaran kadar nadi dan latihan-latihan lain juga ada intensitinya tersendiri. Manakala dari segi masa, mungkin hari ini berlatih selama sejam, sekali sekala ubah ke 2 jam. Jangan melakukan rutin yang sama sahaja setiap hari selama bertahun-tahun.

Terdapat juga konsep yang menambah dari F.I.T. ke F.I.T.T.E.R.

F = Frequency (Kekerapan)
I = Intensity (Intensiti)
T = Time (Masa)
T = Type (Jenis)
E = Exercise (Senaman)
R = Rest (Rehat)

Jenis bermaksud jenis senaman. Sebagai contoh, jika melakukan senaman kardio, jangan hanya masuk kelas senamrobik setiap hari, cubalah berenang ke, naik kuda ke, atau aktiviti-aktiviti yang mencabar seperti jungle trekking, mendaki dan lain-lain. Selain bersenam, boleh juga bersukan. Seminggu sekali main badminton, futsal dan sebagainya. Beri kelainan pada badan dengan melakukan pelbagai aktiviti. Walaupun mungkin anda terlibat dengan sukan bina badan, tetapi apa salahnya bermain squash, betul tak?

Manakala jenis senaman pun boleh diubah. Mungkin kebiasaannya buat latihan split, boleh masukkan latihan litar, latihan-latihan sukan, plyometrik dan sebagainya. Masa rehat juga boleh ditambah atau dikurangkan. Jangan hanya terikat pada satu masa rehat. Apabila rehat, boleh pergi bercuti, berurut badan, sport massage dan sebagainya. Kekal Aktif Kekal Sihat.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

11 thoughts on “F.I.T.

  1. ye la bro kadang2 rase mcm bdn ni dh muak dgn aktiviti yg same cume kite tk sedar je , tp nk pelbgai kn aktiviti yg sesuai dgn sukan bine bdan ni tk thu ape yg nk buat, biase nye sukan bine badan ni org akn set d fikiran ada gym ada besi2 ada berat….

    1. :D. sbb tu buh mcm2 gambar tu. boleh masuk martial art. blaja ballet , arnold dulu blaja ballet gak walaupun cam lebih pada praktis posing routine, boleh g scuba diving, aktiviti2 lasak. boleh main tennis, apa masalahnya?:D .cam xde life rasa duk kat gym je

  2. sy telah tak sengaja melakukan yg lebih kurang fitter ni. dah exercise “kaw2” then rehat sebab sangat sibuk. hasilnya menakjubkan, sy akan terus amalkan…

  3. salam tuan,
    ada buat kursus fitness utk bulan disember ni ?

  4. saya berenang hehe selain main gym

  5. mohd zaki says:

    Salam dato. err pertama sekali nk ckp ada perubahan dlm page ni erkk, nmpk lebih cantik dr sebelumnya 🙂 hehehi

    dato, sy ada baca satu article tulis tentang ‘muscle adaptation’ adakah ni sama yang cm dato` tulis kat atas tu? maksudnya body kite x boleh terima latihan yg sama atau latihan tu perlu dibuat dgn cara berlainan ??

Leave a Reply to MAN Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: