Fat Gripz May24

Kongsi

Fat Gripz

Apa itu Fat Gripz?

Fat Gripz adalah satu alat yang boleh diletakkan atau di pasang pada barbell dan dumbbell, menjadikan barbell atau dumbbell itu lebih tebal dan sukar digenggam. Jadi apa gunanya?

Apa kebaikannya?

Grip di tangan memainkan peranan penting dalam pembentukan kekuatan secara keseluruhan. Setelah berlatih sekian lama, mungkin bertahun atau berbulan, anda akan mula mencecah tahap plateau iaitu tahap tiada perubahan lagi. Tiada lagi penambahan beban dalam latihan. Setiap tahun hanya melakukan bench press 100kg. Salah satu cara mengatasi plateau adalah menguatkan bahagian yang lemah seperti grip atau genggaman.

Terdapat pelbagai cara menguatkan bahagian lengan atau forearm. Fat Gripz memudahkannya. Anda tidak perlu buat latihan untuk genggaman. Tidak perlu lagi tumpu latihan untuk lengan. Cara yang mudah adalah melatih dengan bar yang besar atau menggunakan Fat Gripz.

Apabila mula menggunakan Fat Gripz, anda akan mula perasan tiada tekanan pada sendi di pergelangan tangan, siku dan bahu. Bebanan dibahagi rata ke bahagian sasaran. Ini sekali gus membantu mengurangkan risiko kecederaan. Sesuai digunakan oleh mereka yang mengadu sakit sendi, yang mana kebanyakannya sakit di bahagian siku berikutan tekanan melampau akibat melakukan bench press. Bench press berlebihan dengan bahagian lengan yang lemah akan memberi tekanan pada siku. Latihan dengan bar yang tebal akan mengaktifkan lebih banyak otot. Pendek kata baik untuk meningkatkan kekuatan dan saiz lengan.

Pengalaman ZK

Saya baru menggunakan Fat Gripz. Baru 2 minggu. Saya menggunakan Fat Gripz untuk hampir semua pergerakan termasuk melakukan bench press, deadlift, barbell row, chin-up, barbell curl, triceps extension dan sebagainya. Pada peringkat awal terasa sukar disebabkan tidak biasa dan tidak mampu angkat seberat biasa. Kekuatan mula menambah apabila memasuki minggu kedua. Terasa pump pada bahagian lengan, lebih-lebih lagi apabila melakukan senaman back. Secara jujur, saya dah lama tidak menambah bebanan dalam latihan. Deadlift hanya mampu buat 300kg berat maksima. Dengan menggunakan Fat Gripz, saya berjaya menambah ulangan pada deadlift, dan juga latihan-latihan lain.

Di Mana Boleh Dapatkannya?

http://tinyurl.com/buk23xk

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube