Fitness Camp UniKL Oct31

Kongsi

Fitness Camp UniKL

Pada 29 hb Oktober 2011 telah berlangsung satu Fitness Camp anjuran bersama Fitness Club UniKL bersama Zaki Khan di University of Kuala Lumpur, UniKL City Campus, bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 4.30 petang.

NASC 2015

Fitness Camp ini disertai kira-kira 50 orang peserta yang mana merupakan pelajar dan juga pekerja di UniKL. Secara amnya Fitness Camp ini bertujuan untuk menunjukkan asas kecergasan dan bagaimana hidup cergas disamping menjadi seorang pelajar cemerlang.

Topik:

1. Kenapa Bersenam?
2. Cara Efektif Bersenam Sebagai Pelajar.

Aktiviti:

1. Senamrobik
2. Seminar
3. Ujian Kecergasan
4. Pertunjukan daripada Mr Malaysia

Tambahan: Sesi mengepau Amir selaku Presiden Fitness Club UniKL

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini