Fobia Senaman Sep06

Kongsi

Fobia Senaman

Dalam senaman pun ada fobia-fobianya. Jom kita lihat:

Asthenophobia – Mereka cukup tak suka digelar lemah. Kalau dicabar deadlift 500kg pun, mereka akan cuba.

Atychiphobia – Mereka takut gagal. Jika tengok bebanan yang tak mampu diangkat, mereka tidak akan cuba. Jangan paksa mereka.

Bacteriophobia – Mereka kata, tempat senaman tak bersih. Mudah dijangkiti bakteria. Mereka menggigil apabila tengok ada peluh-peluh tidak dilap di bench.

Catoptrophobia – Mereka sangat takut dengan cermin. Mungkin takut melihat diri sendiri gemuk. Pernah tengok cermin di gim pecah?

Fobia Senaman

Chorophobia – Mereka takut menari, jadi tidak akan menyertai studio di dalam gim untuk kelas tarian aerobik. Mungkin badan masing-masing keras macam robot. Tak pernah buat regangan. Jalan mengepak, konon badan besar.

Cyclophobia – Mereka takut tengok basikal di gim. Nampak basikal terus lari balik rumah makan aiskrim.

Decidophobia – Mereka takut nak buat keputusan. Contoh keputusan, nak berlatih atau tidak. Nak bersenam di gim mana? Nak makan apa hari ini. Hidup mereka kena ditentukan oleh orang lain. Cari pasangan yang boleh menentukan hala tuju anda dalam dunia kecergasan ini.

Diabetophobia – Mungkin ada ahli keluarga kena diabetes, jadi mereka sangat takut dengan diabetes. Seboleh-bolehnya akan menjaga kandungan gula. Setiap lima minit check tahap gula dalam darah.

NASC 2015

Electrophobia – Mereka takut dengan elektrik. Jadi, pastikan gim gelap, tutup segala peralatan elektrik baru mereka boleh berlatih.

Enochlophobia – Mereka takut bersenam di tempat ramai orang seperti kelas tarian aerobik dan sebagainya.

Epistemophobia – Mereka ini sangat takut dengan ilmu sehingga takut nak google sesuatu ilmu. Biarlah diri tak tahu lagi baik.

Exercisephobia – Mereka takut nak bersenam. Samada takut pada hasilnya, takut diketawa, dan sebagainya. Mereka rasa gelisah apabila mula bersenam.

Frigophobia – Mereka takut bersenam dalam gim berhawa dingin. Siap ada yang tutup aircond. Mereka sanggup bersama-sama hidu bau peluh masing-masing dalam ruang tertutup untuk merangsang semangat bersenam.

Gstphobia – Mereka ini cukup pantang apabila yuran gim ada GST. Terus batalkan keahlian. Sanggup ke gim yang 50km jauh.

Mageirocophobia – Mereka takut nak masak makanan sihat. Lebih rela makan makanan di kedai.

Mechanophobia – Mereka sangat takut dengan mesin. Mereka hanya boleh bersenam di gim crossfit tanpa mesin.

Melophobia – Jangan pasang muzik ketika bersenam. Mereka lebih rela bersenam di bilik mayat yang sunyi sepi.

Fobia apa

Misophobia – Mereka takkan masuk gim yang bersepah. Pastikan gim anda bersih.

Monophobia – Takut bersenam bersendirian. Kena ada pasangan juga. Mereka jenis ini, selalu bagi alasan taknak bersenam disebabkan tiada partner.

Neophobia – Sebelum ini tidak pernah bersenam. Mereka ini takut mencuba benda-benda baru. Takut pegang dumbbell. Takut tengok treadmill dan sebagainya.

Osmophonia – Mereka takut bersenam boleh menyebabkan badan berbau. Tahap kronik, siap spray perfume setiap 5 minit bersenam.

Phagophobia – Mereka takut makan. Makan sikit boleh gemuk kata mereka. Sehingga ada yang makan anggur sahaja setiap hari.

Pharmacophobia – Jangan sesekali suruh mereka ambil apa-apa ubat atau steroid. Rasa macam nak pijak-pijak ubat itu. Biar mati, asalkan jangan telan ubat.

Exercise Phobia

Soteriophobia – Mereka memang taknak bergantung pada orang. Jenis begini, sampai kiamat pun takkan ambil trainer. Jadi, Personal Trainer, jangan buang masa anda dengan orang begini.

Themophobia – Terbalik dengan frigophobia. Mereka ini takut panas. Mereka sesuai berlatih di kutub utara. Jangan sesekali tutup kipas jika anda taknak kena baling dengan dumbbell 50kg.

Tirephobia – Mereka pernah dihempap tayar ketika melakukan tayar flip. Contoh terdekat, Asmu’i ketika dihempap tayar di Singapura dalam pertandingan dan sehingga kini belum masuk mana-mana pertandingan lagi.

Traumatophobia – Mereka pernah cedera dan sangat takut kecederaan ini berulang. Mereka perlu lalui rehab mental sekali untuk memastikan boleh kembali bersenam senaman yang sama.

Xenophobia – Mereka kena bersenam dengan orang dikenali sahaja. Kalau tak kenal, menjerit. Mak!!!

Tirephobia

Tirephobia

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini