Fokus Jun20

Kongsi

Fokus

Fokus adalah salah satu faktor penting dalam membentuk badan selain latihan, nutrisi dan faktor-faktor lain. Anda perlu memberi 100% tumpuan kepada latihan anda atau anda hanya membuang masa anda. Kebanyakan orang saya lihat, hanya cuba menghabiskan latihan sedangkan minda entah kemana-mana. Latihan sebegitu tidak akan mengeluarkan sepenuhnya potensi anda.

Kursus Kecergasan 2017Terdapat dua perkara perlu difokus semasa set dan diantara set;

– Memikirkan otot yang bekerja
– Cuba merasakan otot yang bekerja

Apa yang dikatakan memikirkan otot yang bekerja? Apabila berlaku gerakan di sendi, otot bekerja. Jika anda melakukan biceps curl, fokus pada gerakan bisep yang mana melibatkan dua sendi jika pergerakan penuh. Otot kita dengan sistem neuro bekerja lebih effisien jika otak memberi arahan fokus pada otot tertentu. Bayangkan otot tersebut membesar. Bayangkan otot tersebut di pam. Bayangkan berlaku pembakaran lemak di tempat sasaran.

Apakah yang mengalihkan tumpuan kebanyakan orang di gim?

Berborak. Jika anda ingin berborak, sila lepak di kedai mamak.
Main mesej di telefon bimbit. Jika anda ingin bercinta, pergilah ke taman bunga. Bercintalah dengan besi di gim. Letakkan telefon bimbit di locker.
Berangan. Gim bukan tempat untuk mimpi siang. Lupakan apa-apa yang tidak ada kena mengena dan tumpu pada latihan anda. Bila bekerja, bekerja lah bersungguh-sungguh. Bila belajar, belajarlah bersungguh-sungguh. Bila bersenam, bersenamlah bersungguh-sungguh.
Mata Meliar. Biasanya pada lelaki apabila nampak perempuan di gim. Gaya macam tak pernah tengok perempuan. Sebab itu kut, ramai perempuan takut masuk ke gim hardcore.
Membaca. Ada gim dah macam perpustakaan di dinding. Segala macam artikel ditampal di dinding. Cara latihan, artikel bina badan dan segalanya. Walaupun dah pernah baca, mesti ada yang baca berpuluh kali.
Berjalan ke tempat minum. Lebih baik sekiranya anda bawa botol minuman sendiri. Tak perlu setiap kali nak minum ke tempat minum atau ke water fountain. Fokus pada latihan anda.
Muzik. Muzik boleh jadi alat untuk fokus dan juga boleh menyebabkan anda tidak fokus. Jika lagu yang diminati berkumandang, ada yang ikut nyanyi atau menari.
Jadi jurulatih. Ketika sedang asyik berlatih, tetiba anda bermurah hati untuk mengajar orang. Lupakan orang lain seketika walaupun awek cun minta ajar. Fokus!

Apa yang patut dibuat?

Fikirkan set terakhir. Adakah anda dah cecah ulangan sasaran? Adakah anda melakukannya dengan cara yang betul? Adakah anda rasa pamnya?
Fikirkan set seterusnya. Berapa ulangan patut dibuat? Bagaimana rasanya? Set satu sasaran untuk dilakukan.
Bayangkan. Bayangkan anda berjaya melakukan apa yang disasarkan. Tutup mata dan lihat jauh ke depan. Bayangkan mampu mengangkat berat yang diangkat. Rasakan.
Kawal pergerakan otot. Dengan mengawal pergerakan otot, anda mampu merasai senaman yang dilakukan. Latih hubungan antara otak dan otot.
– Jika anda rasa muzik dapat membantu anda dan muzik di gim menyebabkan anda mengantuk, bawa mp3 set anda sendiri dengan lagu kegemaran.

Fokus!

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube