Freeletics Aug09

Kongsi

Freeletics

Sejak saya dilantik sebagai Penasihat Kelab Sukan Kecergasan Freeletics Malaysia, saya belum berkesempatan menulis tentang freeletics. Terima kasih kepada Firdaus Ishak yang merupakan Presiden Kelab Sukan Kecergasan Freeletics Malaysia. Apa sebenarnya freeletics?

Freeletics Malaysia

Freeletics adalah satu trend senaman, yang direka menerusi prinsip asas latihan berintensiti tinggi. Ia tidak menggunakan sebarang mesin atau peralatan. Paling penting ianya boleh dilakukan di mana-mana asalkan badan anda mempunyai ‘berat’. Ia menggunakan pendekatan holistik bersesuaian dengan mereka yang kekurangan masa untuk bersenam. Ia bukan senaman yang baru, akan tetapi corak dalam freeletics baru dikenalkan pada tahun 2012 di German dan menular ke negara lain termasuk Malaysia.

Saya boleh katakan, ianya seperti crossfit, cuma tanpa peralatan. Ia dibahagikan kepada 3 iaitu menyasarkan pembinaan otot, kardio dan kombinasi keduanya. Ia menggunakan konsep ‘world is our gym‘. Setiap sesi freeletics mengambil masa sekitar 10 hingga 15 minit.

Firdaus Ishak, Presiden Kelab Sukan Kecergasan Freeletics Malaysia

Firdaus Ishak, Presiden Kelab Sukan Kecergasan Freeletics Malaysia

Bagaimana memulakan? Anda boleh memuat turun aplikasinya di;

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.freeletics.lite&hl=en

Atau boleh memuat turun di android anda. Setiap bentuk senamannya diberi nama dengan nama Tuhan Greek seperti Venus, Metis, Aphrodite dan sebagainya. Asas pergerakan freeletics adalah squat, push-up dan pull-up. Dengan menggunakan aplikasinya, anda boleh track senaman anda. Aplikasinya bertindak seperti media sosial, boleh tambah rakan untuk membandingkan hasil dan sebagainya. Jika anda ambil yang percuma, ia cuma berikan program asas tanpa ada penyesuaian mengikut keupayaan seseorang yang mungkin ada kecederaan dan sebagainya.

NASC 2015

Anda juga boleh masuk dalam group di facebook yang sangat aktif berkongsikan latihan masing-masing walaupun pada jarak yang jauh.

Group Facebook
https://www.facebook.com/groups/1504990523094145/?fref=ts

Page Facebook
https://www.facebook.com/Freeleticsworkoutmalaysiateam?fref=ts

Kebaikannya? Saya tunjukkan dalam bentuk video di bawah.

Teruja tak untuk mulakan latihan anda? :)

Rujukan
https://www.freeletics.com/en

Freeletics

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini