FST-7 Sep26

Kongsi

FST-7

Selepas Phil Heath menang, nama Hany Rambod melonjak naik lagi sebagai jurulatih yang menaikkan seorang ahli bina badan profesional. Hany Rambod terkenal dengan program FST-7 yang diciptanya. Apa itu FST-7?


FST membawa maksud Fascia Strectch Training dan 7 menunjukkan set yang dilakukan untuk senaman ‘terakhir’ yang menyasarkan sesuatu bahagian badan. Sistem ini diciptanya untuk memaksimakan bahagian badan yang bermasalah.

Terdapat 3 jenis fascia di dalam badan manusia dan mereka yang benar-benar harapkan perubahan pada badan perlu mengambil kira fasia yang dalam. Ia adalah tisu padat yang mengelilingi otot, tulang, saraf dan saluran darah. Ketumpatan yang tinggi serat kolagen memberi fascia kekuatan dan integriti. Dalam bahasa mudah, ada diantara kita dilahirkan dengan fascia yang tebal daripada yang lain manakala ahli bina badan seperti Phil Heath dilahirkan dengan fascia yang nipis. Seolah-olah memakai baju yang nipis, ototnya senang berkembang.

Walau bagaimana pun, mereka yang memiliki fascia yang tebal bukan tidak boleh mengembang. Jay Cutler memiliki fascia yang tebal. Dalam usaha mengembangkan fascia, ada yang mengambil jalan mudah dengan menyuntik synthol. Syntol akan terus membuat otot tersebut kelihatan besar untuk tempoh sekitar 5 tahun. Menyuntik syntol bukan pilihan yang baik untuk meregangkan fascia otot untuk mengalami pertumbuhan yang optimum tetapi cara yang agak mudah. Kesan penggunaan syntol masih dikaji.

Secara tradisionalnya, biasanya, seseorang akan meregangkan otot dengan teknik regangan biasa samada statik, dinamik, PNF dan sebagainya. Antara tujuan regangan selain memperbaik jarak pergerakan adalah untuk meregangkan fascia, baju kepada otot. Hany Rambod mereka FST-7 untuk meregangkan otot dari dalam. Tekniknya mudah, secara ringkasnya, menggunakan berat yang sama untuk 7 set iaitu berat yang boleh diangkat dengan ulangan 8 hingga 12.

Latihan ini bukan dibuat di setiap latihan. Masukkan latihan ini dalam 1 hingga 2 kali seminggu. Latihan ini terlalu traumatik dan mengambil masa untuk pulih, jadi perlukan rehat yang lebih. FST-7 ini tidak sesuai untuk senaman yang menggunakan banyak otot seperti squat dan deadlift.

‘Antara’ Pilihan Yang Sesuai

Lebarkan belakang: cable pullover
Tebalkan belakang: seated row
Dada: peck deck atau cable crossover
Bahu: lateral raise dengan mesin
Kaki: leg extension atau leg press
Hamstring: seated atau lying leg curl
Bisep: EZ bar curls atau mesin biceps curl
Trisep: push down atau overhead cable extension
Betis: standing calf raise pakai mesin

Jika dilihat daripada antara pilihan yang dimasukkan, kesemuanya menggunakan mesin atau yang boleh dibuat dengan cara yang betul walaupun otot dah terlalu letih.

Bagaimana caranya?

Sebagai contoh, selepas anda selesai bersenam untuk kaki dengan set-set biasa seperti leg extension, squat, leg press. Barulah ditambah 1 set FST-7 untuk kaki, leg extension dengan 7 set dan 8-15 ulangan.

Contoh

Leg extension 3-4 set 8-15 ulangan
Squats 4 set 8-12 ulangan
Leg Press 4 set 8-15 ulangan
Leg extension atau leg press 7 set 8-15 ulangan (FST-7)

Jay Cutler, Hany Rambod, Phil Heath

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube