Fuckarounditis

Fuckarounditis adalah gangguan tingkah laku yang disifatkan oleh badan sederhana dan kurang kemajuan walaupun telah banyak masa dihabiskan di gym. Fuckarounditis sering digambarkan pada mereka yang sering kali masuk ke gym, buat crunches, latihan kabel, sentiasa memakai tali pinggang, sarung tangan, menggunakan bola dan yang sama waktu dengannya. Antara ciri utama lagi adalah takut squat dan deadlift. Tenaga atau kekuatannya sama sekali tidak produktif walaupun dah berlatih sekian lama.

Kursus Kecergasan 2024Dianggarkan sekitar 9-10% individu menghidup penyakit ini dan mungkin lebih di gym-gym komersial. Setiap tahun berlaku peningkatan mendadak. Peningkatan ini mungkin disebabkan faktor-faktor persekitaran, penyebabaran maklumat-maklumat dalam majalah yang mana terang-terang hendak melariskan majalah dan juga apabila otai-otai bercerita. Otai A cerita A, otai B cerita B dan seterusnya.

Penyakit ini merebak dengan pantas secara komunikasi, seperti komunikasi dengan individu lain di bilik persalinan, forum-forum internet, kedai mamak dan sebagainya. Sifat manusia yang malas dan cepat berpuas hati memainkan peranan yang permisif bagi memboleh penyakit ini berkembang.

Nota: Jangan dicari di wikipedia, kerana perkataan fuckarounditis ini tidak wujud. Ia cuma lebih pada kutukan dan perli-an untuk golongan sebegini. Fuckarounditis = fuck around it is.

Internet merupakan medium yang menyebabkan fuckarounditis berkembang dan berkembang setiap tahun. Terlalu banyak maklumat, teori, kekusutan, nasihat yang tidak baik serta jawapan merapu disebarkan. Inilah zaman teknologi maklumat. Ramai yang pandai-pandai dalam bidang masing-masing, tetapi apabila datang kepada diet dan latihan, sama sekali seperti budak kecil. Terlalu banyak teori dan ajaran yang muncul menyebabkan timbul satu ilusi kerumitan.

Kita membaca segalanya, bagi yang memahami akan berfikir panjang dan membuat pilihan berdasarkan pengetahuan dan akhirnya mendatangkan hasil yang positif. Sains sukan mungkin sentiasa berubah mengikut kajian, tetapi asasnya mungkin tidak banyak berbeza. Bukan sahaja latihan, tetapi bab pemakanan pun begitu. Ramai yang hidup dalam ketakutan. Sebagai contoh takut karbohidrat adalah penyakit yang biasa.

Apakah ciri-ciri biasa yang ada pada seorang yang mengidap fuckarounditis?

1. Anda memikirkan makanan tambahan lebih daripada squat

Terlalu ramai rasanya, apabila hendak memulakan latihan dan diet, akan bertanya, ‘supplement apa patut dipakai?’. Tak pernah lagi yang bertanya, ‘bagaimana membuat squat yang betul?’. Squat pun mengigil kepala lutut, dah mula fikir nak pakai makanan tambahan dengan harapan semoga badan jadi seperti Cristiano Ronaldo secepat mungkin. Di dunia ini, tiada pil ajaib, yang mana telan terus jadi. Kalau ada, saya tutup web zakikhan ini dan tukar ke web menjual pil ajaib.

2. Tidak menyimpan rekod

Berapa berat anda boleh melakukan bench press, squat dan deadlift? Berapa kali anda boleh chin-up? Ramai yang teragak-agak, ‘saya rasa saya boleh buat 1 plate‘. Plate bukan melambangkan berat. Jawablah dengan yakin, ‘saya boleh buat 220kg squat!’. Bila ada jawapan yang padat, baru menunjukkan anda benar-benar berlatih, baru boleh menunjukkan adanya ansur maju dalam latihan.

3. Anda tidak merancang untuk berjaya

Ramai yang bila masuk gym atau bersenam, akan berlatih setakat mana dia boleh pergi atau setakat mana orang lain boleh buat. Jika rata-rata boleh buat bench press 120kg, anda pun hanya boleh buat 120kg, kenapa tidak lebih? Jika tiada perubahan, masih buat latihan yang sama bertahun-tahun. 10 tahun lepas pun masih buat beban yang sama. Adakah anda begitu?

4. Anda buat terlalu banyak benda tak guna

Setiap hari masuk ke gym, segala macam latihan dibuat. Kalau boleh nak buat 30 set sehingga rasa boleh tumbang di gym hari itu. Jangan dibanding dengan mereka yang pakai segala macam barang. Jangan bandingkan diri anda dengan Pro. Terdapat kata pepatah, ‘to be like a pro, you have to train like a pro‘. Tetapi walaupun berlatih sebagai seorang Pro, adakah makanan dan apa yang dipakai sama? Kembali ke asas, kuatkan asas. Jangan nak Pro sangat.

5. Latihan terlalu banyak atau kerap

Adakah terlalu banyak itu baik? Adakah setiap hari joging 3-4 jam itu baik. Anda mungkin tidak perlukan latihan yang terlalu banyak untuk membakar lemak. Paling penting adalah pemakanan yang baik. Bukannya latihan berterusan setiap hari. Adakah anda robot?

6. Anda berlatih perut terlalu lama

Adakah anda setiap kali ke gym berlatih perut? Sampai-sampai gym, buat sit-up. Habis latihan buat sit-up. Dengan harapan nak ada 6 pack yang sangat cantik. Silap-silap habis sekitar 20 minit sehari untuk latihan perut dengan sit-up, crunhes, ab machines, leg raise dan sebagainya. Apakata lupakan semua itu, dan latih mengikut jadual yang baik. Senaman lain seperti squat dan deadlift pun menggunakan otot perut. Bagaimana seseorang hendak mengangkat bebanan tinggi jika core nya tidak kuat. Sudah tentu dalam masa sama menggunakan perut. Tidak perlulah terlalu fokus kepada perut. Saya ulang balik, paling penting, pemakanan yang baik.

7. Adakah anda seorang atlet angkat berat?

Setiap hari berlatih berat bagai nak rak sehingga ada 10 orang supporter. Anda nak masuk sukan olimpik angkat berat?

8. Anda takut dengan perkatan ‘bulky‘ dan menggunakan perkataan ‘toning

Biasanya perempuan, akan terus guna dumbbell pink. Campakkan lah majalah kesihatan wanita yang kebiasaan menunjukkan gambar dumbbell pink itu. Artikel-artikel yang ditulis seolah-olah hendak menakutkan orang ramai dengan anggapan, angkat berat, badan akan berotot. Tidak cukup dengan itu, datang pula seorang MLM fuckarounditis, katanya, ‘jangan main gym, nanti tak turun’, seorang lagi pula kata, ‘kalau main gym, bila berhenti akan membesar’. Disebabkan wujud bebal-bebal begini menyebabkan ramai perempuan hanya berlari atas treadmill, buat yoga, senamrobik dan sebagainya. Takut dia tengok besi. Begitu juga lelaki, dengan otot tidak cukup untuk potong dah jadi terlalu obses untuk potong. Apa anda perlu buat? Tampar diri anda sendiri dan sedar.

9. Latihan core

Ada trainer yang ajar, anda perlu latih core dengan pelbagai jenis bola. Sekali tengok, macam kelakar pun ada. Jika anda buat latihan squat, deadlift dengan cara yang betul dan berat, itu bermakna, core anda kuat. Janganlah buat lawak dengan bola. Bola mungkin diperlukan untuk kes-kes tertentu dan bukan kes mengada-ada.

10. Mengikut artis

Jika artis Malaysia menggunakan satu sistem latihan dan diet yang baik, eloklah ikut. Tetapi kebanyakan artis Malaysia, bila bercerita bab diet, ‘saya makan epal sebiji sehari’. Bagaimana cerita begini boleh keluar dalam majalah?

11. Menggunakan tali pinggang, strap

Apa tujuan anda menggunakan tali pinggang? Sehingga ada yang pakai tali pinggang ketika joging. Katanya untuk mengecilkan perut. Tali pinggang mungkin perlu apabila berlatih terlalu berat. Kalau setakat angkat 5kg tu, janganlah. Strap pula mungkin berguna jika genggaman dah gagal. Kalau daripada awal pakai strap, apa cerita?

12. Mengelak squat, deadlift dan berpendapat, ianya akan membesarkan pinggang

Sehingga kini, masih ada yang berpendapat begini. Kebiasaannya perempuan. Tak tahu siapa cerita, mungkin makcik sebelah rumah yang mana pinggangnya membesar kerana buat sekali squat dengan pemakanan yang langsung tidak dijaga.

13. Pernah tengok orang buat squat dan biceps curl atas bola?

Ada dalam youtube. Janganlah buat benda kelakar begini. Latihan sebegini mungkin berguna untuk mereka yang tertentu seperti dalam proses pemulihan.

14. Memanaskan badan

Disaat mereka yang lain dah memulakan latihan, anda masih dalam proses memanaskan badan dengan berlari selama sejam. Apa itu memanaskan badan atau warm-up? Mengikut definisi, memanaskan badan adalah menaikkan suhu badan sekitar 2 darjah celcius untuk menyediakan diri bagi aktiviti seterusnya. Kalau dah 1 jam, itu menaikkan 20 darjah celcius.

15. Ego

Ramai bermain kerana ego. Anda angkat seberat mungkin, tetapi apa yang tinggal jika anda cedera? Ego.

16. Spotter vs Supporter

Ramai yang salah anggap kedua-dua ini. Spotter memerhati pergerakan supaya tidak lari dari paksinya dan menjaga keselamatan. Ramai yang gunakan supporter. Seorang buat bench press dan seorang lagi buat deadlift untuk support. Latihan 2 dalam 1. Ada atlet mungkin memerlukan, untuk meningkatkan kekuatan tertentu sahaja seperti kekuatan essentrik, tetapi adakah anda perlu?

17. Obses dengan tempo

Ramai yang tidak mengambil kisah tentang tempo, tetapi melakukan senaman dengan sangat laju. Tidak salah sangat laju. Tetapi latihan dengan kelajuan tinggi, lain sasarannya. Jika anda menyasarkan latihan otot, terlalu laju akan lebih menyasarkan tendon berbanding otot. Kalau ikutkan tidak ada tempo tetap untuk latihan, cuma ada garis panduan supaya tidak terlalu laju. Penggunaan sesuatu bebanan yang tinggi dalam masa sama menyebabkan seseorang mengawal tempo pergerakan kerana takut terjatuh atau terlepas.

18. Latihan functional

Pernah dengar tentang latihan functional? Di kebanyakan gym komersial kini ada alat untuk latihan sebegini. Apa alasan anda untuk menggunakan mesin ini? Anda seorang atlet dalam sukan tertentu?

19. Buat segala macam latihan untuk bisep

Adakah anda masuk ke gym setiap hari dengan harapan untuk membina tangan sebesar tangan gajah? Dengan EZ bar curl, dumbbell curl, cable, dan sebagainya sedangkan, chin-up pun tak lepas lagi. Boleh buat 10 kali chin-up sendiri tanpa pertolongan?

20. Adakah anda salah seorang yang bertanya soalan ini?

‘adakah 8 set 20 ulangan untuk perut mencukupi?’
‘adakah saya perlukan BCAA?’
‘bagaimana membina 6 pack? saya nak perut seperti Christiano Ronaldo’
‘saya ini orang baru, saya perlu ambil supplement apa?’
‘saya nak turunkan berat badan, perlu ke saya ambil lipo 6?’
‘adakah hydroxycut baik?’
‘makan telur sebiji cukup tak?’
‘boleh ke makan nasi?’

21. Anda fikir, dengan perut 6 pack anda boleh tidur dengan sesiapa

Ramai yang berfikir, dengan perut yang cantik, mereka boleh tidur dengan mana-mana perempuan. Anda berada pada zaman bila? Ramai yang mula berlatih disebabkan hendak mendapatkan perempuan terbaik atau lelaki terbaik. Latihan berdasarkan faktor ini biasanya tidak kekal lama. Latihan menyasarkan untuk kelihatan seperti seseorang pun biasanya tidak kekal lama. Cabar diri anda sendiri. Jadi seorang yang lebih baik daripada anda yang semalam.

22. Seribu satu alasan

Bila diajak bersenam, ada sahaja alasan diberi. Rumah jauh. Letih baru balik kerja. Bini tak bagi. Ada meeting 23 juta. Apa lagi alasan yang mungkin?

23. Meng-anak tirikan kaki

Ramai yang cuba mengelak daripada berlatih kaki terutamanya lelaki. Bila diajak, alasannya, esok kerja, takut tak boleh jalan. Bila esok cuti, lain pula alasannya, nak keluar berjalan dengan keluarga. Latihan kaki umpama satu mimpi ngeri. ‘arrrggghhh takut!’

24. Narcissisme

Mereka dengan masalah narcissisme akan kebiasaannya akan sentiasa tengok cermin. Berlatih satu set, tengok cermin 5 minit. Narcissisme adakalanya bagus, tetapi adakalanya memualkan. Saya pernah tulis pasal narcissisme sebelum ini. Rujuk di entri Narcissisme.

25. Air pelbagai warna berserta biji-bijian

Ada yang masuk gym, dengan air sebelum bersenam warna hijau, tengah bersenam warna biru, habis bersenam warna merah, sebelum tidur warna pelangi. Sebelum bersenam 30 biji ubat tak tahu apa. Selepas tamat senaman, nasi lemak, ayam goreng, mee goreng mamak dan sebagainya.

26. Takut makan

Nak badan besar, tapi takut makan. Nak badan jadi, tapi makan sup sayur sepanjang hari. Apa kes? ‘Takut makan ke bang/kak?’

27. Sikap suka tangguh

Saya tahu, ramai yang baca entri saya, akan tangguh lagi, esok lah mula berlatih. Hari ini nak enjoy dulu. Minggu depan jumpa pun akan cakap, esok juga. Esoknya tidak pernah sampai.

Itulah sebahagian daripada ciri-ciri orang yang menghidap fuckarounditis. Mereka berada bersama anda. Mereka tidak melihat sesama mereka. Mereka hanya melihat apa yang mereka hendak lihat.  Penyakit ini semakin lama semakin teruk. Adakah anda berjangkit?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

34 thoughts on “Fuckarounditis

  1. fuhh..pedas tapi tepat ke muka…hehehe

    TQ Dato’ ZK.

    ( bole print pastu tampal kt gym..hehe )

  2. wah panjang lebar menasihat. but this is very best dato’

  3. Hmmm kena kat diri sendiri nie dato’… hehehehe
    tq dengan sindiran halus nie..
    semoga keinsapan pada diri timbul….

    good job dato

  4. memang masalh bile time nk buat squat mcm2 alasan, jd mcm mne nk atasi masalah ni dato? tolong…

    1. segalanya bermula dgn diri kita, kita kena belajar menyintainya. baru bleh rapat ngan squat. walaupun sukar, tak nafi, squat paling susah. biasanya perempuan je suka buat squat. dorang nak bontot yang cantik. 🙂

  5. dangdingdut says:

    terbaiklah dato’ menulis dgn penuh pereasaan haha….thankz, info yg sangat2 dan tersangat berguna…

  6. Gone Tonight says:

    huhu best2 + panasssss = makin bersemangat drpd biasa kami nak training nih….tengkiukkk

  7. mohd azrin says:

    Entry yg terbaik…sempoi, pedas dan tepat !

    Memang bagi kesedaran pada mereka yg dah lama di gim tapi
    masih duduk buang masa..training main-main…makan takmau jaga..
    keputusan nak cepat.

    >>CHAMPION always training hard and smart<>LOSERS always complain and become haters<<

  8. hello dato..saya nak tanya ni mcm mana dgn sumber protein mcm kacang kuda and tauhu?? itu boleh d guna pakai o mcm mana???ada yg ckap tauhu tu xbgus cz dtg dr soya…then mcm mana pula dgn keju?? adakah blh d ambil atau apa pendapat dato???

  9. dangdingdut says:

    dato’ perlukah saya memfokuskan untuk mengurangkan pratusan lemak terlebih dahulu sebelum merancang untuk buat body yg berotot ala2 model g2…dlm erti kata lain, saya cuba untuk kurngkan berat badan trlebih dahulu, barulah fokus untuk menaikkan otot…saya baru berjinak2 dgn gym….berat kini 83 kg, tinggi 175..

    1. tak perlu terlalu obses dahulu. jaga makan, dlm masa sama, jika pemakanan cantik, peratus lemak akan menurun. otot tinggi = metabolisme tinggi.

  10. Dato
    memang benar, ramai fuckarounditis at the gym, buat 3-4 rep, rehatnya, sembang2 kat bench 5minit… sampaikan susah aku nak pakai bench….
    aku suka yg alasan tak buat latihan kaki tu … tepat sekali, org takut buat latihan kaki nanti takut tak boleh jalan… actually jangan buat terlalu berat untuk permulaan, start liteweigh, kembangkan dari hari ke hari … increase core strength…
    fuckarounditis dapat dilihat, padaa fizikal org yg selalu pergi gym, tapi mengekalkan sparetyre etc kat badan ,,,, whoa 🙂

  11. Terbaik dato’……artikel mcm ni la yg bagus utk dibaca…..cuma saya rasa benda ni berlaku ada juga kaitan ngan personaliti…..juga ada kaitan dengan kompleks rendah diri atau kompleks bangga diri….pendekkata perangai manusia ni mcm2…..otai2 pun ada yg ramah mesra betul tp ada juga yg sombong semacam…..

  12. Betul sesangat tu..bab latihan squat dan deadlift ni memang ramai yang tak buat malah ada yang dah bertahun pergi gym pun tak pernah buat deadlift dan squat.Latihannya nampak ringkas tapi amat memenatkan,perlukan tenaga yang lebih.Kalau sebelum ke gym makan makanan rendah karbo(ala kadar) pasti kurang tenaga nak buat latihan kaki atau core,cepat ‘pancit’.

  13. hit me with the truth, but never comfort me with a lie.

    ada yg kena batang hidung saya ni dato,
    nak2 bab ego, abaikan kaki tu, haha
    entah apakejadah saya dok gila angkat beban ‘terlalu’ berat.
    skarang tak buat dah, gyeeeheheehe

    afterall, i hope i can be a better person tomorrow.

    1. berat itu bgs, tp dlm range of kemampuan dgn cara yg betul. more weight more muscle tp more weight with correct form.

  14. fuh, ni lah entri yg paling paling paling saya suka…dgn ni saya akan cuba memperbaiki lagi diri saya sbb memang ada sesetghnya pada saya, hehehe

  15. helo nak tanya dato ni…kalau nak buat saiz adakah perut akan nampak kuar?? andai ada kuar adakah itu normal ataupn cara pemakanan ada yg xbetul lg….sbb kalau dr segi pemakanan dah jaga dah…cuma bila perut kuar mushkil sama ada benda tu normal o x tp xlah kuar besar…

    1. tidak semestinya. keluar perut disebabkan excess calori yg tidak digunakan. tp boleh dimasukkan dlm kategori normal lg kalau saizing utk bodybuilding jika part lain turut naik. nak 100% clean pun agak sukar, tp boleh. kalau clean + dirty diet, actually lg cepat naik, sebab tu ada pro yg guna cara tu, cuma jd byk kerja bila diet. seeloknya tidak terlalu byk naik, dan yg naik, bukan hanya fat

      1. hehehehehe…pedas…….terbaik,
        jgan terlalu obses ngan perut,saya tak pernah crunch or situp di gym…pack kat perut pun jadi bila bench press,chin upp n squat….tapi part angkat lebih muatan tu terasa jugek….spotter not supporter…thanks for reminding me…biasalah bila tengok org buat nak coba jugek…it will not happend again

  16. entri yang enak.hehe…kat gym pat sya men lgi hebat,dah badan kurus train cam pro siap ajar kwn lgi,pas tu menari nari mcm nak muntah tengok dia,rasa nak sound tpi biarkan jelah,asalkan jgn gangu sya.

  17. salam bos saya tertarik degan slh satu jawapan bos DIRTY DIET +CLEAN DIET = LAGI CEPAT NAIK? Mcm best je cube bos ceritakan tentang tu .Thanxs

  18. 21. Anda fikir, dengan perut 6 pack anda boleh tidur dengan sesiapa

    (terbaik ini ayat…) hihihih

  19. Perit baca artikel ni tapi tu la kenyataannya..tepat 100%. Kebanyakannya (termasuk saya jgek,hehe)selalu untuk mengelak buat SQUAT..buat upper body je..lower body hancus!!..dah jadi macam ayam jantan! badan besar kaki plak kecik..TQ Dato atas peringatan tu..pas ni nak taknak kena buat Squat jgak..wajib!

  20. Salam Dato,
    Salah 1 entri ‘Favourite’ saya terima kasih 🙂

    1. mohd zaki says:

      Tergelak2 video nih. Hihihii.

  21. mohd zaki says:

    Arrrr adoila, sendiri baca sendiri gelak nih..pedas..pedas..pedas..

    Terima kasih bg nasihat. Sy ikut nasihat nih dato.

    *ngehee malunya 🙂

  22. Sy memang tak pernah buat deadlift,tapi squat memang wajib… Semalam lepas baca entri Dato, hr ni terus try buat deadlift…boleh tahan gak penatnya tp takdelah berat sangat dlm 40 kg je.

    1. tambah lagi. saya lebih suka deadlift kalau banding dengan squat.

Leave a Reply to dangdingdut Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: