Gastrik Nov04

Kongsi

Gastrik

Ulser perut atau lebih dikenali sebagai gastrik biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria atau kuman dikenali sebahai Helicobacter pylori atau pendeknya H.pylori. Ia memerlukan rawatan sekitar 4 hingga 8 minggu dengan ubat penekan asid. Dalam masa sama memerlukan antibiotik untuk membersihkan kuman H.pylori. Kebanyakan ubat anti radang boleh menyebabkan ulser perut. Dapatkan khidmat nasihat doktor sebelum meneruskan apa-apa ubatan lain disamping.

Radang Peptic adalah disebabkan oleh asid perut. Keradangan mungkin di perut atau di bawah esofagus (oesophagus) jika asid keluar disebabkan refluk esofagus.
Ulser Peptic juga disebabkan asid perut. Ulser terjadi apabila dinding perut rosak. Jika dilihat melalui kamera, kelihatan bintik-bintik merah.
Ulser Perut adalah salah satu jenis Ulser Peptic. Ia dikenali umum sebagai gastrik.

Apa Penyebabnya?

Perut menghasilkan asid untuk membantu penghadaman dan membunuh bakteria. Asid bersifat menghakis. Jadi sesetengah sel pada lapisan bahagian dalam perut dan duodenum menghasilkan mukus semula jadi untuk melindungi lapisan perut dan duodenum. Biasanya terdapat keseimbangan antara jumlah asid dan mukus halangan. Ulser mungkin berlaku jika terdapat perubahan dalam keseimbangan ini yang membolehkan asid merosakkan lapisan perut atau duodenum.

Gastrik

Apa Puncanya?

• Jangkitan kuman H.pylori antara penyebab utama. Boleh kata sekitar 80 peratus kes disebabkan jangkitan kuman. Bila berjangkit, kemungkinan ia akan kekal seumur hidup. Pada sesetengah orang mungkin tak jadi masalah. Kuman tersebut boleh hidup secara tidak merbahayakan di dalam perut dan duodenum. Walau bagaimana pun sesetengah menyebabkan keradangan di lapisan perut dan duodenum. Jangkitan kuman ini menyebabkan pertahan mukus berkurangan dan dalam sesetengah kes, asid bertambah.

• Ubat Anti Keradangan termasuk aspirin boleh jadi penyebab. Ubat anti keradangan dikenali sebaghai non-steroidal anti inflammatory drugs atau NSAIDs. Terdapat pelbagai jenis dan jenama. Antaranya seperti aspirin, diclogenac, parasitamol dan sebagainya. Ramai mengambil ubat jenis ini untuk arthritis, sakit otot dan sebagainya. Jika anda ada masalah gastric, dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubatan lain.

• Punca lain yang jarang berlaku adalah disebabkan jangkitan sakit lain. Crohn’s disease boleh menyebabkan ulser perut. Ulser perut mungkin nampak sama simptomnya dengan kanser perut. Dapatkan pengesahan susulan jika perlu.

Apa Petandanya?

• Sakit pada bahagian atas abdomen betul-betul di bawah sternum atau tulang rangka dada. Biasanya sakit itu datang dan pergi. Kadang-kadang makanan boleh jadi penyebab makan sakit. Sakit boleh membangunkan seseorang ketika tidur.
• Petanda lain termasuk kekembungan, rasa penuh sebahagian walaupun dah makan.
• Jika berlaku pendarahan, dapatkan rawatan segera. Banyak sebab memungkinkan pendarahan seperti inflammantory bowel disease dan sebagainya.

Sakit-Gastrik

Ujian Pengesahan

• Endoskopi dilakukan untuk mengesahkan ulser perut. Endosckopi menggunakan kamera dengan wayar yang halus melalukan esofagus.
• Ujian kehadiran kuman H.pylori melalui sampel najis, ujian bernafas, ujian darah atau dari sampel biopsi yang diambil semasa endoskopi.

Rawatan

• Menggunakan ubat penekan asid. Ia merendahkan asid dihasilkan. Rawatan ini mengambil masa 4 hingga 8 minggu. Paling biasanya digunakan adalah proton pump inhibitor (PPI). Ia termasuk esomeprazole, lansoprazole, omeprazole, pantoprazole dan rabeprazole yang datang dengan pelbagai jenama. Kadang kala datang daripada kelas H2-receptor antagonist yang dikenali sebagai H2 blockers. Ia termasuk cimetidine, famotidine, nizatidine dan ranitidine.
• Jika disebabkan kuman H.pylori, 2 antibiotik diperlukan dalam seminggu. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah orang, jangkitan tersebut mungkin kembali.
• Jika disebabkan ubat anti radang, berhenti ambil ubat anti radang tersebut. Dapatkan nasihat doktor.

Makanan Digalakkan Ambil

• Daging, ikan dan produk skim laktosa tinggi protein dan membantu kelancaran esofagus. Akan tetapi elakkan susu jika sedang berlaku sakit disebabkan masalah gastrik tersebut. Walaupun susu menuetralkan asid akan tetapi ia juga boleh meningkatkan asid.
• Pemakanan serat seperti cereal, nasi perang, oat membantu mengurangkan tekanan di dalam kolon tanpa menekan perut.
• Pisang dan dan bayam membantu mengurangkan asid perut. Minum jus bayam setiap hari.
• Bayangkan minum air diantara menu.
• Tambah makanan yang mengandungi lemak baik. Ia membantu mempertahankan lapisan penghadaman.
• Karot disebabkan kandungan beta-carotene. Ia membantu pemulihan dan luka di dalam sistem penghadaman.

Makanan Perlu Elak

• Elakkan makanan bergoreng, berlemak, manis, coklat, butter, alkohol dan berkrim disebabkan makanan tersebut melemahkan esofagus.
• Elakkan kopi, tea dan minuman bergas yang tinggi caffeine.
• Jika anda perokok, berhenti merokok.

Rujukan
http://www.medicalnewstoday.com/articles/257341.php

Gastric-Bypass

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube