Gatal Ketika Bersenam Jan27

Kongsi

Gatal Ketika Bersenam

“Pernah rasa gatal di kulit ketika bersenam?”

Ia adalah masalah alergi yang dikenali sebagai Cholinergic Urticaria. Ia biasa bermula dengan rasa gatal, rasa digigit semut dan kehangatan yang mana seterusnya menyebabkan lebam-lebam kecil. Ruam biasanya muncul pada bahagian atas dada, leher, lengan dan kaki dalam masa 30 minit bersenam. Ia mungkin berada di satu kawasan atau merebak ke seluruh badan. Ia biasanya berlanjutan sehingga sekitar 80 minit. Masalah ini disebabkan peningkatan suhu semasa senaman. Sauna dan jakuzi juga boleh jadi pencetus. Alergi terhadap peluh mula terbentuk apabila badan merembaskan histamine. Histamine adalah bahan yang mengecilkan salur darah dan menyebabkan bengkak dan gatal. Apabila digaru, badan akan rembeskan lebih histamine dan menyebabkan bertambah gatal.

NASC 2015

Apa yang boleh dibuat untuk menghalang situasi ini? Antara yang boleh dibuat adalah berlatih di tempat yang sejuk iaitu gim yang ada penghawa dingin atau tempat kering yang menyukarkan peluh daripada keluar. Bila rasa gatal, hentikan senaman dan sejukkan badan secepat mungkin. Masalah ini boleh dirawat dengan mendapatkan ubat di farmasi seperti diphenhydramine atau chlorpheniramine. Dapatkan preskripsi jika masalah anda teruk. Biasanya akan diberi antihistamine yang diambil secara oral. Beta-blocker juga antara pilihan yang ada. Masalah ini biasanya hilang setelah bersenam untuk 1 jangka masa yang lama.

Satu lagi cara yang boleh digunakan untuk menghalangnya adalah dengan memakai pelembab atau moiturizer pada kulit sebelum memulakan senaman. Terdapat juga beberapa penyebab lain termasuk alergi makanan atau ubat-ubatan. Antibiotik, ubat tahan sakit dan diuretik antara yang dikenal pasti menjadi penyebab.

Masalah kritikal yang jarang berlaku adalah anaphylaxis. Ia bermula dengan gatal dan seterusnya boleh sampai ke tahap sesak nafas dan tekanan darah rendah. Jika ada simptom seperti ini, dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan apa-apa program senaman.

ZK: Satu lagi gatal ketika bersenam yang biasa berlaku pada lelaki adalah ketika nampak awek cun sedang berlari di hadapan dengan memakai seluar ketat.

Chapter 424.2

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini