Gatal Ketika Bersenam
“Pernah rasa gatal di kulit ketika bersenam?”
Ia adalah masalah alergi yang dikenali sebagai Cholinergic Urticaria. Ia biasa bermula dengan rasa gatal, rasa digigit semut dan kehangatan yang mana seterusnya menyebabkan lebam-lebam kecil. Ruam biasanya muncul pada bahagian atas dada, leher, lengan dan kaki dalam masa 30 minit bersenam. Ia mungkin berada di satu kawasan atau merebak ke seluruh badan. Ia biasanya berlanjutan sehingga sekitar 80 minit. Masalah ini disebabkan peningkatan suhu semasa senaman. Sauna dan jakuzi juga boleh jadi pencetus. Alergi terhadap peluh mula terbentuk apabila badan merembaskan histamine. Histamine adalah bahan yang mengecilkan salur darah dan menyebabkan bengkak dan gatal. Apabila digaru, badan akan rembeskan lebih histamine dan menyebabkan bertambah gatal.
Apa yang boleh dibuat untuk menghalang situasi ini? Antara yang boleh dibuat adalah berlatih di tempat yang sejuk iaitu gim yang ada penghawa dingin atau tempat kering yang menyukarkan peluh daripada keluar. Bila rasa gatal, hentikan senaman dan sejukkan badan secepat mungkin. Masalah ini boleh dirawat dengan mendapatkan ubat di farmasi seperti diphenhydramine atau chlorpheniramine. Dapatkan preskripsi jika masalah anda teruk. Biasanya akan diberi antihistamine yang diambil secara oral. Beta-blocker juga antara pilihan yang ada. Masalah ini biasanya hilang setelah bersenam untuk 1 jangka masa yang lama.
Satu lagi cara yang boleh digunakan untuk menghalangnya adalah dengan memakai pelembab atau moiturizer pada kulit sebelum memulakan senaman. Terdapat juga beberapa penyebab lain termasuk alergi makanan atau ubat-ubatan. Antibiotik, ubat tahan sakit dan diuretik antara yang dikenal pasti menjadi penyebab.
Masalah kritikal yang jarang berlaku adalah anaphylaxis. Ia bermula dengan gatal dan seterusnya boleh sampai ke tahap sesak nafas dan tekanan darah rendah. Jika ada simptom seperti ini, dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan apa-apa program senaman.
ZK: Satu lagi gatal ketika bersenam yang biasa berlaku pada lelaki adalah ketika nampak awek cun sedang berlari di hadapan dengan memakai seluar ketat.
Gatal yg last skali tu ada penyelesaian x??
kawen cepat.
salam dato’,sy da kena prob ni..ruam agk teruk kt lengan n celah paha..
siap g klinik lg..yg pasti sy kena lepas training.. 🙁
kalau perlu, dptkan medication yg sesuai.
terimakasih dengan info tersbut..
btul gak asy tu..yg last skali tu ade ubat x? kehkehkeh
kawen cepat. kurang sikit.
saya pernah kena sweat allergy.. dekat 3 hari kena. Pergi klinik doktor bagi ubat sapu dan sedikit advice, sebelum pergi gym kena mandi dulu.. katanya , semasa kita workout ..liang peluh kita ni akan kembang dan habuk boleh masuk..tu yg boleh menyebabkan gatal.
lepas try apa yg doc advice tu , terus sampai skang xde apa2..
selalu gak rasa gatal ni
salam dato’
saya juga mngalami masalah yg sama tp ia semakin gatal setelah mandi selepas workout sehingga sukar untuk saya duduk diam kerana terlalu gatal…… mohon pendapat dato’…tq..
wslm. mandi selepas workout? cuba mandi sebelum workout.
Sy pon mcm ni jgk.. Klu sy jog pastu lme2 gtal2. Bile gtal sy jln je n gatal dh hlg tp suhu bdn sy dh trun.. Bile prgrkn laju je gtal tu rase blik.. Tp klu sy main bdminton ke bola ke lnsng xde gtal2 wlaupun byk brpeluh..
jog lebih tertumpu pada 1 tempat/kaki. badminton pergerakan menyeluruh. bola masih boleh berehat dan juga pergerakan menyeluruh
salam, sy kerap mengalami keadaan gatal tetapi ia berlaku ketika berjalan di shopping cmplx, senaman ringan. gatal2 tu selalu di peha, perut, pergelangan kaki, tangan. bagaimana nk mengatasi keaadan ni?
boleh cuba langkah2 yg sy masukkan di atas.
oo.ingatkan gatal tu sebab lemak tengah bergetar time lari.hehe.
adakah peluh yang dikeluarkan tersebut terlalu berasid seingga menyebabkan rasa gatal?
tidak.
Mcm mne pulk kalau gatal kaki semasa bersenam di atas lexpa shake..bergetar org kata gatal sebab lemak terurai ke???
possibility masalah yg sama seperti di atas.
salam dato..sy ada mslh mgenai senaman iaitu bkn gatal atau apa tetapi ketika mgangkat bebanan sy rsa mual spt nk muntah. sy xmain berat atau heavy tetapi rsa tu ada ketika mgangkat bebanan. adakah disebabkan protein,amino,creatine atau pemakanan. terima kasih dato
wslm. byk faktor yg mungkin. mungkin timing pemakanan tak kena. cuba adjust makan lebih awal.
Hai…sy mngalamai gatal2 bintat spt gigitan semut…dan kebas.ape puncanya ya?mmg skrg sy kerap workout..ade yg kata mgkin prose lemak pecah..betul ke? Slps workout x perlu mandi ke?
mungkin ada alahan terhadap apa2, termasuk makan dan sebagainya. lepas workout, keringkan peluh dan mandi. tak mandi nanti 1 rumah berbau.
Masalah gatal kt peha keterlaluan sampai merah2.biasa sbb jogging ataupun bila guna mesin eztone. Kesan terasa lps bbrp saat guna atau jogging.kdg2 rasa serik nk exercise
Salam… Kalau gatal gatal lepas pakaii penggetar yg machine contoh mcm kena duduk atas tu pastu dia bergetar.. Berlaku gatal2 di peha, adakah maksudnya sedang pecah lemak?
bakar lemak xde berlaku gatal2.
Hey Guys.. I have doubts about this, so basically bila terjadi gatal2 ni possible ke kita cont daily workout walaupon dah mandi sebelom, makan ubat, sapu lotion, we still can ont or better tunggu pulih dulu. And if we cont adakah gatal2 tu akan pulih or it will get worst? Gym yg beraircond ni Mahal, saya pergi gym biasa2 jer.. Please advise…
kalau kata dah buat semua, bawa towel di gym, utk lap peluh. lepas dah habis training, mandi, sapu lagi cream.
Salam. Saya bersenam di rumah dan di bawah hawa dingin. Tetapi masih mengalami kegatalan, kemerahan dan panas di bahagian paha. Dalam masa sama, saya juga tidak berpeluh sepanjang bersenam, mungkin disebabkan hawa dingin. Adakah normal semua ini? Terima kasih.
ada alergik apa2?
Salam tuan, sy mengalami masalah gatal2 hampir seluruh badan (tanpa kesan bintik) terutama pada bahagian muka, kepala dan kaki.. muka juga akn jadi sembab jika sy berlari dan bersenam tanpa melakukan warming up betul2 mengeluarkan peluh. Jika sy warming up sehingga berpeluh jarang gegata ni terjadi.
Persoalan sy ap nama penyakit ni? Adakah mmg disebabkan oleh peluh? Bolehkah ia dirawat sepenuhnya.
Sy mula kena pada umur 13 tahun sehingga kini. Mmg sangat trseksa dan malu berdepan dgn org kalau situasi ni terjadi. Mohon nasihat tuan selanjutnya
tak pernah check dermatologist?
Salam dato’ sy pn ad jgk mslh gatal.. Bila bdan sy berpeluh, masa senaman @ bt kje2 rumah.. Akn timbul ase gatal n ruam2 d sekitar kepla hingga ke pinggang.. Bahagian belkng bdan pling trok.. Time sy mkn pn sma.. Bdan sy akn berpeluh jgk time mkn makann yg berat.. Ap mslh yg sy hadapu??
seperti dlm entri di atas.
Kalu gatal kena kurap, kudis ke letak Creobic gold… Saya alhamdullilah… 3 tahun mengaru punggung celah2… Mula2 saya letak cap 3 tiga… Berpuluh botol xjalan.. Dah hitam punggung… Crim crebic gold ni ada dua jenis.. Kuat dan medium
Sy kene mcm ni sudah 5 tahun dah tak baik2 cuba makan obat dan sapu2 pom xjdi. Dlu2 x rajin kene mcm ni. Mase di Delilah menengah bru start kne mcm mna nk atasi ni yup. Cuba pelbagai cara dh tak berkesan. Sampai satu thp gatal2 naek sampai blh pitam.
Sy kene mcm ni sudah 5 tahun dah tak baik2 cuba makan obat dan sapu2 pom xjdi. Dlu2 x rajin kene mcm ni. Mase di Delilah menengah bru start kne mcm mna nk atasi ni yup. Cuba pelbagai cara dh tak berkesan. Sampai satu thp gatal2 naek sampai blh pitam. Letih dah rase dan makin lama mkin gemok jee
kalau calamine lotion boleh ke hapuskan bintik bintik tu?