Genetik Nov21

Kongsi

Genetik

Adakah genetik memainkan peranan penting dalam membentuk badan? Apakah kelebihan genetik? Melayu vs Cina vs India? Apakah genetik boleh diubah? dan yang paling penting apa itu genetik?

NASC 2015

Genetik didefinasikan sebagai disiplin biologi, sains gen yang melibatkan keturunan dan kepelbagaian dalam individu hidup. Genetik berkait rapat dengan susunan molekul dan perbezaannya di cell, kromosom yang mana didapati daripada keturunan sebelumnya dan perubahan berdasarkan beberapa faktor termasuk populasi, gaya hidup dan sebagainya.

Secara contoh besar, kita boleh dapati perbezaan genetik yang ketara di antara penduduk Barat dan penduduk Asia yang ketara seperti saiz rangka, warna kulit dan sebagainya. Jadi, dalam membentuk badan, jangan bandingkan diri dengan penduduk di Barat dahulu. Mereka sama sekali berbeza dengan kita. Kebanyakan norm yang digunakan dalam bidang kecergasan termasuk norm kiraan peratus lemak, kardiovaskular dan sebagainya datang daripada sana. Kita kekurangan kajian untuk menghasilkan norm sendiri. Bagi menghasilkan norm yang baik, kajian perlu dilakukan dalam skala yang besar yang mana melibatkan jumlah kajian yang besar.

Apa perbezaan genetik kaum utama di Malaysia? Melayu, Cina dan India? Penyesuai genetik akan mengambil masa yang agak lama. Secara amnya, perubahan bukan hanya pada warna kulit. Sejak dahulu lagi, penyesuaian telah berlaku. Di mana orang Melayu pada asalnya dahulu mengamalkan pemakanan yang lebih seimbang di mana ada karbohidrat, dan sumber protein melalui hasil buruan, ikan, ulam dan sebagainya. Orang Melayu lebih bekerja keras, dengan terlibat dalam kerja seperti nelayan, petani dan sebagainya. Proses adaptasi telah berlaku di mana orang Melayu mempunyai genetik yang baik dalam membina dan membentuk badan. Berbanding dengan orang Cina, mereka lebih tertumpu pada kerja mengangkut dan kemudian berubah ke ekonomi. Orang cina mempunyai kaki yang kuat jika dibanding dengan orang Melayu. Pemakanan orang Cina juga banyak tertumpu pada jenis daging. Orang India pula banyak yang bekerja di estet. Kerja yang melibatkan penggunaan tenaga yang sedikit, sebagai contoh menoreh getah. Pemakanan orang India lebih kepada kari dan rempah. Keadaan ini membuatkan orang India lebih gemuk dan mudah gemuk.

Penyesuaian genetik mengambil masa yang sangat lama, di mana mungkin mencecah sehingga ratusan tahun. Minima 50 tahun di rekodkan. Penyesuaian ini telah menurun pada kita. Sebab itu dapat dilihat, orang Melayu lebih menyerlah dalam sukan bina badan, jika dibandingkan dengan orang Cina di tempat kedua, dan India paling kurang. Orang Melayu memiliki pakej yang menarik dan seimbang atas dan bawah. Orang Cina mempunyai kaki yang kuat dan besar (jika dilatih), dan orang india memiliki kaki yang kecil dan lebih sesuai untuk sukan aerobik seperti marathon. Jika kita tengok di Sabah, mereka lebih kuat daripada orang di Semanjung. Ini adalah adaptasi daripada kerja-kerja berat di sana seperti menarik sampan dan sebagainya. Adaptasi-adaptasi ini diturunkan daripada generasi ke generasi.

Adakah genetik ini boleh diubah? Mengubah sesuatu genetik bukan satu proses yang mudah. Proses ini mengambil masa yang sangat lama. Mungkin boleh diubah untuk generasi akan datang dengan bermula daripada sekarang. Pemakanan yang betul dan aktiviti yang seimbang perlu diterapkan dalam generasi kini untuk kepentingan generasi akan datang. Proses evolusi kepada bangsa 1 Malaysia akan mengambil masa yang sangat lama. Bangsa Malaysia boleh diwujudkan jika penyamarataan ini dibuat. Tetapi adakah praktikal dan boleh dibuat?

Hari ini kita mendidik diri kita dengan membiasakan diri dengan makanan segera, mendidik diri kita menambah lemak di badan dan sebagainya. Inilah rupa generasi akan datang jika keadaan ini berterusan. Malaysia akan jadi negara yang tidak sah jika rakyatnya tidak gemuk.

Adakah makanan tambahan yang kononnya mampu mengubah genetik boleh membantu? Tidak terdapat sebarang bukti jelas menunjukkan makanan tambahan itu sebenarnya berkesan. Kebanyakan hanya teori dan kajian yang dijalankan sendiri dan bukannya kajian pihak ketiga. Pendek kata, lebih kepada melariskan jualan produk.

Bangsa Malaysia?

Adakah latihan dan senaman membantu? Secara jujurnya, mereka yang genetik lebih baik tetap akan lebih baik. Kerja keras akan membantu menonjolkan seseorang tetapi bukan memaksimakan potensinya. Seorang atlet pelari yang bukan ditakdirkan sebagai pelari tidak akan betul-betul berjaya sebagai pelari tetapi boleh berjaya juga jika pihak lain tidak melatih atau tidak cukup apa yang diperlukan. Contoh jelas, dapat dilihat perbezaan antara Phil Heath yang digelar, ‘The Gift’. Genetiknya antara yang terbaik dalam membentuk badan. Jangan kecewa kerana faktor genetik kerana anda masih boleh menjadi seorang yang baik mengikut bidang yang sesuai. Mungkin bukan sebagai seorang atlet bina badan, tetapi sebagai atlet badminton. Boleh juga berjaya dalam bina badan dengan usaha yang lebih.

Jangan dibandingkan diri dengan seseorang yang mempunyai asas genetik yang berbeza. Perbandingan yang tidak munasabah, mungkin akan mengundang kekecewaan. Perbandingan yang selalu dibuat seperti membandingkan diri dengan rakan atau partner latihan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini