Gym Idiot Aug14

Kongsi

Gym Idiot

Siapa yang dikategorikan sebagai ‘gym idiot‘?

Chapter-455-Gym-Idiot

1. Jika rutin mingguan anda tidak ada latihan kaki
2. Jika teknik anda sangat teruk dan merbahaya
3. Jika anda tidak meletakkan kembali beban yang digunakan ke tempat asal
4. Jika anda fikir anda boleh mendapatkan 6 ketul di perut dengan hanya buat sit-up
5. Jika anda jalan mengepak dengan kepak yang tidak dapat dilihat
6. Jika anda fikir whey dan creatine itu steroid
7. Jika anda tiada perubahan selepas berbulan atau bertahun berlatih
8. Jika anda bercakap lebih daripada berlatih
9. Jika anda lebihkan masa cuci mata melihat wanita di bilik senamrobik berbanding berlatih
10. Jika anda melantunkan barbell di atas dada ketika melakukan bench press
11. Jika anda berdiri di depan seseorang ketika dia sedang melakukan latihan dan menutup cermin daripada pandangan
12. Jika anda melihat cermin setiap kali selepas habis set
13. Jika anda berlatih tetapi tidak jaga makan
14. Jika anda menyanyi dan membuat bising mendengar lagu di dalam gim
15. Jika anda squat 200kg dan hanya turun 5 inci
16. Jika anda pakai baju T dan seluar jean ketika bersenam
17. Jika anda tidak tahu mengelap peluh anda yang tertinggal di peralatan
18. Jika anda memakai tali pinggang gym ketika mengayuh basikal
19. Jika anda menjerit mengangkat bebanan 5kg
20. Jika anda tiba-tiba menjadi personal trainer tak bertauliah tanpa dipinta, dan mengganggu mereka yang sedang berlatih dengan memberi nasihat yang tidak perlu
21. Jika anda bersenam tanpa baju. Kalau badan cantik, mungkin tak jadi hal, tapi perasan cantik?
22. Jika mengelamun tak sudah, senaman tak habis-habis. Tengah dilamun cinta
23. Jika anda bertanya bagai nak rak tapi tak ikut satu pun
24. Jika anda tak reti nak bayar yuran bulanan walaupun dah berkali-kali diminta
25. Jika anda kata buat squat boleh terbantut

Repost semula dengan penambaikan antara cadangan ahli-ahli Group Bina Badan Malaysia di Facebook. Entri asal Gym Idiot.

ZK: Anda nak tambah apa-apa lagi?

 

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube