Gymnasium Bogel May10

Kongsi

Gymnasium Bogel

Gimnasium bogel di SepanyolARRIGORRIAGA – Para pengguna gimnasium Easy Gym di sini, Sepanyol dibenarkan berbogel termasuk wanita semasa mereka menggunakan peralatan untuk bersenam, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemilik gimnasium itu, Mercehe Laseca memberitahu Perbadanan Penyiaran Britih bahawa keputusan itu dibuat adalah kerana untuk mendapatkan lebih ramai pengunjung.

“Ekoran krisis (ekonomi), kami mengetahui hanya terdapat sejumlah kecil orang yang menggunakan gimnasium.

“Namun, inisiatif (membenarkan pengguna berbogel) adalah kerana wang,” kata Laseca.

Namun, dia berasa kecewa pada hari pertama para pengguna dibenarkan berbogel kerana hanya empat orang sahaja termasuk wanita yang tidak memakai sebarang pakaian semasa bersenam.

Walaupun sambutan kurang menggalakkan, seorang guru yoga sudah menawarkan untuk membuka kelas untuk para pelajarnya berbogel di gimnasium tersebut. – Agensi

 

NASC 2015

Isu ini bukan isu baru, rasanya keluar suratkhabar 2 minggu lepas tetapi baru berkesempatan untuk memasukkan di sini. Atas alasan untuk mendapatkan lebih ramai pengunjung, adakah wajar keputusan itu dibuat? Dunia semakin pelik. Makin kurang orang ingin bersenam sehingga pihak pengurusan terfikir idea begini. Adakah anda teringin hendak berbogel di gym? :D. Adakah dengan menyaksikan orang lain berbogel, anda lebih bersemangat untuk berlatih? Kalau yang berbogel umpama ratu cantik, mungkin kut. 😀

Jika yang begini pun lelaki tak senang duduk di gym, apatah lagi bogel?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini