Kongsi
Gynecomastia
Gynecomastia adalah istilah yang digunakan untuk tisu payudara besar di kalangan lelaki. Dalam bahasa greek, gyne bermaksud perempuan dan mastos payudara. Ia juga dikenali sebagai gyno. Dalam dunia bina badan, ia biasa dikaitkan dengan steroid berikutan nisbah testosteron berbanding setrogen. Dalam majoriti kes, ianya tidak boleh dipulihkan. Satu-satunya cara merawat adalah melakukan pembedahan untuk membuat gynecomastia itu mengurangkan peningkatan tisu payudara.
Gyno ini biasa berlaku pada pengguna steroid jenis testosteron. Ia biasa terjadi apabila pengguna berhenti menambah testosteron kepada badan. Mereka mengambil masa untuk menghasilkan testosteron secara semulajadi pada tahap yang normal. Pada tahap ini, paras estrogen boleh jadi lebih tinggi berbanding testosteron. Ia juga boleh terjadi apabila pengambilan testosteron terlalu tinggi dimana mekanisme badan cuba menaikkan paras estrogen untuk seimbangkan testosteron mengikut rationya. Testosteron ditukar ke estradial yang mana menyerupai estrogen. Sebaik sahaja tahap hormon kembali normal, rangsangan tisu payudara akan hilang tetapi seri kali tisu payudara kekal.
Bukan semua jenis steroid menyebabkan masalah ini. Antara steroid yang boleh menyebabkan masalah ini termasuk anadrol, sustanon, dianabol dan sebagainya yang sama jenis. Terdapat juga mereka yang semulajadi dengan masalah gynecomastia dimana paras estrogen mungkin tinggi sedikit daripada lelaki lain. Ia mungkin nampak hilang apabila melakukan latihan atau aktiviti yang melibatkan pergerakan dada tetapi timbul kembali selepas itu.
Cara terbaik mengelakkan gynecomastia adalah tidak menggunakan steroid sama sekali tetapi bagi mereka yang menggunakan steroid, terdapat rawatan yang membantu mengelakkan gynecomastia. Terdapat ubat yang dipanggil anti-estrogen seprti nolvadex dan arimidex yang boleh digunakan dalam kitar yang membantu mengurangkan kesan gynecomastia jika diambil sebelum paras estrogen terlalu tinggi. Ia tidak berkesan menghalang jika diambil selepas timbul kesan gyno.
Bagi mereka yang tidak mengambil steroid, masalah gynecomastia disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Ia selalunya disebabkan masalah kelenjar dalam badan. Ia juga selalu terjadi pada lelaki yang berlebihan berat badan. Pada amnya, gynecosmastia tidak memberi risiko kesihatan, cuma kesannya daripada segi imej. Tak lawa rasanya menayangkan dada di pantai jika ada masalah gyno ini.
Sebab-sebab lain gynecomastia termasuk akil baligh, obesiti, tumor, gangguan genetik, penyakit hati, ubat-ubatan tertentu, sindrom klinefelter, sindrom gilbert dan penuaan. Penggunaan ganja juga mungkin jadi penyebab.
Mereka yang berdepan masalah gynecomastia kerana obesiti mungkin mampu pulih setelah berjaya turunkan berat badan tetapi kebanyakan orang perlu menjalani pembedahan membuang tisu berlebihan. Pembedahan itu adalah gabungan liposuction dan pemotongan kelenjar di sempadan puting. Jika di Malaysia, pembedahan boleh dilakukan dengan kos sekitar 5 ribu.























Salam dato,penyakit ni sama tak dgn yg saya hadapi sekarg,buah dada belah kiri sy besar sebelah dlm die ada cam biji
biji dah mcm possility breast cancer
tgk cam takde beza pn gambar kiri n kanan lepas pembedahan tu, cuma puting je tak terjojol. kalau saya badan cam kiri tu mmg tak yah bedah2 dah.. haha.
dato’.,apa maksud dato’ dgn ” ia akan nampak hilang kalau lakukan aktiviti atau senaman”??? klau seseorang tu gemok dan mengalami masalah ini adakah ia akan hilang jika seseorang itu menurunkan berat badan dan bersenam???
ataupun gyno ini akan selesai melalui pembedahan shj???
tq dato’
bila dada bergerak, biasanya gyno ni x nampak. bila bdn cooldown, start nampak balik.
gemok, dlm kebanyakan kes hilang. minor kes x hilang.
surgery sebagai jln akhir.
tq dato
aq ada masalah ni………….kcewa2……
jgn kecewa, bukan end of life.
Salam Dato’
Saya nk tanya ttg pengambilan creatine dan anabol 5..
adakah ia boleh diambil pada waktu yg sama iaitu pagi dan selepas workout..
takut ada konflik jika diambli secara serentak..
tq dato..
anabol 5 pagi sekali, sebelum workout sekali.
creatine amik semasa training atau lepas training.
anabol tu bukan steroid ke
anabol 5, categori supplement tp menggunakan nama hampir serupa seperti steroid
so blh ambek x dato, kesan x mcm steroid?
dato, sy mengalami mslah ini,dan masih adakah cara utk mengatasinya dr segi senaman ataupn workout? selain dr surgery.
kena turunkan peratus lemak. kalau peratus lemak dah sgt rendah tp still ada, makna mmg x boleh hilang begitu sahaja.
salam..apakah kandungn yg terdapat dlm steroid yg mnjadi punca kpd pnyakit ni DATO’??
ada pelbagai. setiap steroid lain jenisnya.
salam dato, mcm mana kita nak cek percentage fat? maksud saya mahu sendiri cek, ada alat atau penimbang khusus? kalau badan tak gemuk sangat, cuma lemak2 berlebihan banyak, apa exercise yg efficient utk lean kan badan?
ada penimbang, boleh dpt di fitness concept. atau mesin2 biasanya di shopping complex.
salam dato..
saya pun ada masalah ini..Apakan senaman yang boleh membantu..tolong…huhu
wslm. senaman buang lemak. x kira senaman apa. boleh membantu. cuma kalau dah timbul gyno tu. agak sukar sikit nak hilang.
salam dato..boleh ke benda ni berlaku dkt sebelah payudara lelaki,sebelah saje
boleh.
boleh tak sy amik nolvadex tok anti estrogen dgn testostorone booster tok lawan benda ni? atau dato ada cara lain …
biasanya bila dah timbul x brapa berkesan. boleh cuba.
Tq dato,sy akan cuba..
Berat saya 140 kg tinggi 173cm….boleh x cadangkan senaman yang sesuai untuk saya turunkan berat badan….saya ni jogging skit je dah penat…ade x senaman2 ringan untuk starting…
boleh cuba http://zakikhan.net/orang-baru/
As-salam… doc, sy mengalami gynecomastia juga.
Fizikal sy kurus shj dgn tinggi saya dlm 170cm dan berat dlm 57kg,
saya tak pernah dpt kn kepastian dari mane2 doc, tetapi apa saya kaji dlm internet mungkin saya mengalami gynecomastia ni,
Adakah salah satu penyebab terjadinya ini disebabkan saya kurang bersenam ditambah lagi dengan saya mengalami masalah hyperhidrosis yang menyebabkan saya tidak boleh melakukan aktiviti sihat seperti bersenam dan bersukan?
Saya teringin untuk melakukan pemeriksaan dengan doktor tetapi tidak tahu dimana boleh saya dapatkan pemeriksaan lanjut. Boleh doc cadangkan mana2 hospital/klinik yang perlu sy boleh sy bt pemeriksaan ini?
Ataupun ada x apa2 supplement yg perlu sy ambil untuk mengelakan pembesaran akan berlaku lebih ketara..?
hyperhidrolisis kategory mana?
sy x kenal doktor dlm bidang ni.tp setakat normal checking, majoriti hospital boleh.
alamak aiman ada la masalah ni ==”
habis lah
doc..kos pembedahaan 5k tu di hospital kerajaan atau swasta?
swasta. tu cost yg murah.
ADUH..SAYA RASA KECEWA APABILA SAYA MENDAPAT TAHU INILAH PENYAKIT YANG SAYA DAPAT…BERAT SAYA 175 CM DAN BERAT BADAN SAYA 85 KG BERUMUR 15 TAHUN..JIKA SAYA BERUSAHA MENGURUSKAN BADAN ADAKAH PAYUDARA SAYA SEMAKIN MENGECIL??SAYA DA TAK SANGGUP KENA BAHAN KAT SEKOLAH..ASYIK KENA RABA JE..SAYA SANGAT KECEWA..PLEASE TOLONG JAWAB DATO..TQ
kuruskan badan dulu. jgn tertekan dgn masalah ni.
askm, sy ad jugak menghidap penyakit ini, buah dada sy besar seperti perempuan , sy slalu berfikir ia mungkin kerana berat badan sy melebihi 100kg, sblum nih sy ad membuat senaman slama sbulan, terasa ia mengecil sedikit, sy nak ty kalau sy terus mengamal kan diet atau kurangkan berat badan mungkin ia akan menjadi positif??
cuba kurangkan lemak dulu
Salam dato..saya pon mengalami masalah yg sama…saya sedang berusaha untuk membuang lemak didada..tetapi masalah gyno tu still ade ke kalo lemak kat dada ilang?..
ada possibility ada, ada juga possibility hilang.
slm dat0′ berat sy 88kg & tnggi 176cm, sy juga ade msalah ini, bgaimana nk bg badan klihatan kemas & s0lid? msalah gyn0 tu da bransur2 kurang, tp ade lg la,,, apakah yg prlu sy bt utk badan klihatan kemas??
turunkan lemak bdn dgn diet dan latihan.