Hari Kanser Sedunia

Tahukah anda, hari ini adalah hari kanser sedunia? 4 Februari dinobatkan sebagai hari kanser sedunia oleh WHO untuk mempromosikan cara mencegahan dan meningkatkan kualiti hidup bagi seorang pengidap kanser. Kanser antara penyakit tertinggi penyebab kematian, dan setakat ini dilaporkan sebanyak 7.6 juta kematian pada tahun 2008 dan semakin meningkat.

Kursus Kecergasan 2024Kanser atau barah adalah satu kumpulan besar penyakit-penyakit yang berbeza melibatkan pertumbuhan sel yang tidak terkawal. Dalam perubatan ianya dikenali sebagai neoplasma malignan. Sel-sel membahagi dan membesar tanpa kawalan, membentuk tumor malignan dan menyerang bahagian badan berhampiran. Kanser juga boleh merebak ke bahagian lebih jauh melalui sistem limfa dan saluran darah.

Tidak semua tumor adalah kanser. Tumor benigna tidak berkembang tanpa kawalan, tidak menyerang tisu sekeliling dan tidak merebak ke seluruh badan. Kekadang sukar untuk menentukan punca kanser. Banyak aktiviti termasuk merokok, radiasi, kekurangan aktiviti fizikal, gaya hidup tidak sihat, pemakanan tidak terkawal, pencemaran alam sekitar secara tidak langsung meningkatkan risiko kanser. Kira-kira 5-10 peratus daripada kanser disebabkan keturunan.

Kanser dapat dikesan dalam beberapa cara, termasuk kehadiran tanda-tanda atau gejala tertentu, ujian saringan atau pengimejan perubatan. Kanser biasanya dirawat dengan kemoterapi, terapi radiasi dan pembedahan. Peluang rawatan berbeza mengikut jenis, lokasi kanser dan tahap penyakit. Kanser boleh didapati pada semua peringkat umur dan risikonya meningkat mengikut umur.

Tanda-tandanya terlalu banyak dan berbeza-beza mengikut lokasi. Antara tanda-tanda yang mungkin termasuk penurunan berat badan yang ketara, demam yang berterusan, pembesaran nodus limfa yang mana biasa boleh dilihat di bawah kulit, hepatomegaly atau pembesaran hati, splenomegaly atau pembesaran limpa yang mana kedua-duanya boleh dirasikan dengan kesakitan luar biasa di bahagian abdomen, gejala-gejala neurologi dan sebagainya.

Agak sukar menentukan hanya melalui tanda-tanda. Kanser dapat dikesan dengan ujian saringan. Menurut kajian rawak, kira-kira 30 hingga 40 peratus pengidap kanser adalah terdiri daripada mereka yang tidak aktif dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Ianya dipercayai disebabkan kesan negatif ke atas sistem imunisasi dan sistem endokrin. Diet rendah sayur-sayuran, buah-buahan dan biji-bijian serta tinggi pengambilan daging yang diproses atau daging merah dikaitkan dengan beberapa kanser.

Pemakanan garam yang tinggi dikaitkan dengan kanser perut, aflatoksin B1 dan lain-lain. Pemakanan makanan tercemar dikatikan dengan kanser hati, mulut dan sebagainya. Kajian-kajian ini jelas menunjukkan kaitan pemakanan tidak sihat dengan kanser.

Sebahagian besar risiko kanser adalah disebabkan gaya hidup dan pencemaran alam sekitar. Mungkin kita tidak dapat mencegah kanser secara total tetapi boleh mengurangkan risikonya. Jangan tunggu sehingga terkena baru hendak mengubahnya. Mencegah itu lebih baik daripada merawat. Amalkan gaya hidup sihat dan hidup dalam persekitaran yang bersih. Bersama kita jaga kebersihan alam sekitar.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

2 thoughts on “Hari Kanser Sedunia

  1. nur_fatihah says:

    eee…menakutkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: